Berita Harian

2 kerbau albino jadi rakan karib

- Oleh Nazdy Harun bhnews@bh.com.my

Remaja tak kekok jaga Abu, Ali, tolak tawaran lumayan jual ternakan

Marang: Bergeluman­g dengan dunia ternakan sejak kecil membuatkan Wan Nur Zahirah Wan Zunaidi, 18, atau lebih mesra dipanggil Along, tidak kekok menjaga dua kerbau albino dinamakan Abu dan Ali yang dipelihara sejak dua tahun lalu.

Remaja dari Kampung Padang Limau Nipis, di sini ini, berkata dia mengambil masa lebih setahun untuk menjinakka­n kerbau digelarnya ‘pink’ (albino) selepas dibawa pulang bapanya untuk diternak.

“Rutin harian saya dibahagika­n kepada beberapa waktu, awal pagi potong rumput bawa ke kandang, kemudian basuh kandang kerbau dan lembu, selepas itu beri makan semua ternakan.

Petang pula, beri makan ternakan.

“Kira-kira jam 10 malam, saya ke kandang lagi untuk beri makan, membersih kandang dan memandikan kerbau.

“Badan kerbau perlu sentiasa sejuk dan kerana Abu serta Ali berada dalam kandang, saya perlu jaga kedua-duanya dengan baik termasuk memandikan mereka,” katanya.

Anak sulung daripada lima beradik ini, berkata kedua-dua kerbau berkenaan dipelihara­nya sejak ternakan itu berusia dua tahun selepas bapanya, Wan Zunaidi Wan Jaafar, 45, membawa pulang ketika usia kerbau berkenaan tiga bulan.

“Ada yang datang nak beli Abu dan Ali, tapi saya tak benarkan bapa jual,” katanya menambah terdedah kepada dunia penternaka­n sejak usia tujuh tahun oleh ibu dan bapa membuatkan­nya tidak kekok untuk menjaga haiwan itu.

“Bagi saya, membersihk­an kandang penuhi najis ternakan adalah perkara biasa, malah rutin itu menyeronok­kan selain menghilang­kan tekanan.

“Saya selesa melakukan kerja ini, tambah pula Abu amat jinak dan jadi ‘rakan karib’ ketika saya di kandang,” katanya.

Bapanya, Wan Zunaidi berkata, dia sendiri didedahkan dengan dunia ternakan sejak berusia lima tahun dan urusan menjaga kerbau serta lembu turut dibantu isterinya Suzira Ismail, 40, bersama anak-anak.

“Saya ada 40 kerbau termasuk dua albino, namun hanya empat ada di kandang di Marang, selebihnya di Kubang Palas, Telemong, Hulu Terengganu. Ada ingin beli Abu dengan harga RM8,000 dan Ali RM7,000, namun saya tidak jual,” katanya yang turut menternak 12 lembu.

Seekor lagi kerbau biasa yang digunakan sebagai denak dipanggil ‘King’ dengan berat lebih satu tan berusia empat tahun juga pernah ditawar dengan harga RM25,000, namun Wan Zunaidi tidak berhajat menjualnya.

“Ketiga-tiga kerbau itu kesayangan keluarga kami, jadi penyeri kandang dan haiwan untuk anak-anak bermain.

“Anak-anak tak kekok membersih kandang kerbau dan lembu, potong rumput dan beri makan ternakan,” katanya.

 ?? (Foto Nazdy Harun/bh) ?? Wan Nur Zahirah bersama kerbau albino yang dipanggil Abu.
(Foto Nazdy Harun/bh) Wan Nur Zahirah bersama kerbau albino yang dipanggil Abu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia