TIP PEMBELI HARTA LELONG
Terdapat peguam yang mahir dalam dokumen jual beli rumah (S&P), tetapi kurang arif dengan perjanjian pinjaman dengan bank. Pelanggan boleh bertanya kepada bank yang terbabit sama ada mempunyai peguam panel dan boleh juga gunakan peguam yang disediakan bank. Pelanggan perlu berhubung dengan peguam dan bank yang betul. Pelanggan perlu menyemak terlebih dahulu kelayakan membuat pinjaman mereka. Pelanggan perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai rumah lelong termasuk carian ke atas hartanah, memahami syarat jualan dan buat susulan untuk cepatkan proses pemilikan. Sebagai pembeli, pelanggan perlu memantau perjalanan proses pembelian agar prosesnya berjalan dengan cepat. Pembeli juga perlu menanggung kos yuran penyelenggaraan dan penilaian jika ada, caj lain sepeti cukai pintu dan yuran guaman. Pilih peguam yang dicadangkan oleh rakan-rakan, ahli keluarga atau mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan peguam terbabit.