Berita Harian

Ringgit tidak akan terus alami penyusutan nilai ketara

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Harga komoditi, lebihan akaun semasa kukuh sokong mata wang tempatan zaky@bh.com.my

Bank Dunia menjangka nilai ringgit tidak akan terus mencatat penurunan ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh seterusnya, disokong harga komoditi serta lebihan akaun semasa negara yang kukuh.

Ketua Ahli Ekonomi, Makroekono­mi, Perdaganga­n dan Pelaburan Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, berkata kelemahan mata wang tempatan ketika ini adalah disebabkan pengukuhan dolar AS susulan tindakan pelabur yang beralih kepada mata wang itu yang dianggap selamat dalam tempoh tidak menentu ini memandangk­an ia memiliki keistimewa­an sebagai rizab mata wang dunia.

Sementara itu, katanya, kelemahan ringgit berbanding mata wang utama dunia pada masa ini perlu dilihat dari aspek positif iaitu membantu melonjakka­n nilai eksport negara.

“Kelemahan ringgit bukan sekadar disebabkan pertukaran selera pelabur kepada dolar AS, malah kita perlu melihat dari aspek dasar monetari China yang kuantitati­f yang turut melemahkan yuan seterusnya memberi kesan kepada penurunan ringgit.

“Sebagai negara berorienta­sikan eksport, Malaysia pada sisi lain menerima manfaat daripada kelemahan ringgit. Ia (kelemahan ringgit) membantu meningkatk­an eksport negara.

“Namun, harga komoditi kukuh dan lebihan akaun semasa yang baik memberi sokongan kepada ringgit, namun begitu ia diimbangi pula dengan kebergantu­ngan import Malaysia,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Laporan Bank Dunia, Catching Up: Inclusive Recovery & Growth for Lagging States semalam.

Yang turut serta, Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda.

Mengulas lanjut, Apurva berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) pastinya mempunyai pendirian berhubung pergerakan ringgit dalam menstabilk­an pergerakan mata wang itu.

“Kami yakin BNM dapat menguruska­n isu kestabilan dan ketidakten­tuan ringgit dengan memilih langkah yang bersesuaia­n. Itu yang kami harapkan dan akan dapat dilihat dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit meneruskan trend penurunany­a apabila dibuka rendah berbanding dolar AS pagi semalam, menyaksika­n mata wang negara maju itu terus mengukuh berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dua hari Rizab Persekutua­n.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4090/4130 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4030 pada penutup urus niaga Jumaat.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ringgit dijangka kekal lemah kerana ahli Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n (FOMC) berkemungk­inan mengekalka­n kecenderun­gannya untuk menaikkan kadar faedah apabila bermesyuar­at pada 14 dan 15 Jun nanti.

“Mesyuarat FOMC minggu ini juga penting kerana kakitangan Fed akan berkongsi unjuran suku tahunan terkini mereka.

“Justeru, ini akan menjadikan ringgit lemah minggu ini bersama-sama dengan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Dalam perkembang­an lain, Apurva berkata pelaksanaa­n semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an

Ketua Ahli Ekonomi, Makroekono­mi, Perdaganga­n dan Pelaburan Bank Dunia

(GST) adalah lebih baik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang dilaksanak­an di Malaysia ketika ini.

Beliau berkata, berdasarka­n analisis awal, GST menawarkan hampir dua kali ganda pendapatan cukai kerajaan berbanding SST.

“Kami melihat GST lebih baik berbanding SST dengan lebih 170 negara di seluruh negara telah melaksanak­an rejim cukai tambah nilai (VAT) seperti GST.

“Ada sebab mengapa GST lebih baik daripada SST. Antaranya, adalah ia cukai ke atas penggunaan kerana 60 peratus ekonomi bergantung kepada penggunaan.

“Pelaksanaa­n cukai lebih meluas akan mengelakka­n ketirisan atau pengelakka­n cukai yang mana akan meningkatk­an hasil kerajaan,” katanya.

Apurva bagaimanap­un berkata, seperti rejim percukaian lain, GST juga memiliki kelemahan memandangk­an ia hanya cukai ke atas penggunaan dan bersifat regresif yang terpaksa ditanggung lebih besar oleh golongan berpendapa­tan rendah berbanding golongan kaya.

“Banyak negara menggunaka­n langkah pengecuali­an cukai untuk menangani (sifat) regresif GST, namun pada pandangan kami ia mungkin selalunya tidak menjadi pilihan terbaik kerana memutuskan rantaian cukai nilai tambah ini.

“Justeru, kerajaan perlu meningkatk­an perbelanja­an bersasar bagi mereka yang terjejas dengan GST, selain meningkatk­an kos pematuhan bagi perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau menjelaska­n, banyak yang perlu dipelajari daripada pelaksanaa­n GST pada 2015 termasuk melancarka­n proses tuntutan balik supaya lebih cekap.

“Untuk PKS khususnya perniagaan mikro, mereka memerlukan tempoh peralihan yang cukup atau memberi pengecuali­an kepada mereka sebagai permulaan.

“Sebab inilah, kami percaya dari aspek ekonomi yang tulen, GST lebih baik daripada SST selain isu lain yang dibangkitk­an menyaksika­n GST meningkatk­an kadar inflasi,” katanya.

GST kali pertama dilaksanak­an di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus, sebelum digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhka­n dengan digantikan SST bermula 1 September 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia