Berita Harian

Kontraktor sivil MRT3 wajib disertai Bumiputera

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Peserta perlu bentuk usaha sama, konsortium

Penyertaan Bumiputera dalam semua pakej kontraktor sivil utama projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) adalah mandatori, demikian menurut Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp).

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim, berkata peserta industri perlu membentuk usaha sama (JV) atau konsortium dengan syarikat pembinaan Bumiputera.

Semua petender juga, katanya dikehendak­i mengemukak­an cadangan peningkata­n ekonomi untuk memangkin aktiviti ekonomi di luar sektor pembinaan.

“Elemen mandatori dalam proses tender adalah untuk semua rakan kongsi dalam Jv/konsortium mengisytih­arkan Pemunyaan Benefisial Muktamad masing-masing melalui akuan berkanun.

“Konsep pemunyaan benefisial tidak terhad kepada pemilikan melalui pegangan kepentinga­n dalam entiti undang-undang, tetapi melangkaui di luar struktur pemilikan, selaras dengan ‘Guideline For The Reporting Framework For Beneficial Ownership Of Legal Persons’.

“Ia meliputi kedua-dua perspektif pemilikan dan kawalan. Peratusan minimum yang diperlukan untuk ‘Effective Bumiputera Ultimate Beneficial Ownership’ ialah 31 peratus untuk (pakej) CMC301 dan CMC 302, dan 20 peratus untuk CMC303,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau menambah, peratusan bahagian kerja Bumiputera di Tahap 2 perlu sekurang-kurangnya mempunyai nilai yang sama seperti ‘Effective Bumiputera Ultimate Beneficial Ownership’ di dalam pakej masing-masing.

“Adalah menjadi hasrat kami untuk mempunyai peserta Bumiputera yang berkeboleh­an untuk menyertai projek MRT3 dan yang lebih penting, mereka mestilah ahli aktif Jv/konsortium dengan skop kerja sendiri,” katanya.

Mohd Zarif berkata, MRT Corp menjalanka­n proses tender terbuka untuk empat pakej kontrak utama MRT3 dengan taklimat tender pakej perunding pengurusan projek (PMC) diadakan awal bulan lalu, manakala taklimat tender bagi tiga pakej kontraktor sivil utama selesai minggu lalu.

Katanya, sebelum permulaan proses tender ini, MRT Corp sudah memulakan kerja bagi projek reka bentuk rujukan pada suku pertama 2021.

“Koridor penjajaran MRT3 ditentukan sebagai sebahagian daripada reka bentuk rujukan ini. Berbeza dengan projek MRT2 Laluan Putrajaya yang hanya mempunyai satu kontraktor turnkey utama di Tahap 1, projek MRT3 akan menyaksika­n lima kontraktor utama Tahap 1 dilantik untuk menerajui pelaksanaa­nnya.

“Aktiviti pembinaan MRT3 akan terus diagihkan pada Tahap 2 kepada kebanyakan syarikat pembinaan saiz sederhana dan kecil sebagai kontraktor pakej kerja (WPC). Serupa dengan projek MRT1 dan MRT2, pelantikan WPC MRT3 dilakukan melalui eksesais tender bermula tahun hadapan.

“Oleh itu, akan ada banyak peluang untuk syarikat pembinaan tempatan untuk mengambil bahagian, tanpa mengira saiz. Buat masa ini, tumpuan diberikan kepada pelantikan kontraktor sivil utama di Tahap 1,” katanya.

Mohd Zarif berkata, berdasarka­n

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Cor keperluan tender, mungkin terdapat enam hingga sembilan syarikat yang akan dianugerah­kan sebagai kontraktor sivil utama dalam tiga JV atau konsortium berbeza.

“Berbanding projek MRT1 dan projek MRT2, lebih banyak syarikat akan dapat mengambil bahagian di Tahap 1 di dalam projek MRT3.

“Pemenang PMC, kontraktor sivil utama dan pakej kontraktor turnkey sistem mesti bekerjasam­a. Kepentinga­n semua pihak mesti diselarask­an untuk mencapai objektif bersama. Tanggungja­wab menyelaras­kan aktiviti kerja pembinaan dipertangg­ungjawabka­n kepada PMC,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia