Berita Harian

Pharmaniag­a mahu bekal vaksin ke Afrika

- Oleh Alzahrin Alias

Tujuh negara tunjuk minat dapatkan pelalian COVID-19 zahrin@bh.com.my

Pharmaniag­a Bhd bakal mengembang­kan kehadirann­ya di negara lain terutama Afrika melalui pembekalan vaksin Sinovac COVID-19, sekali gus mampu mengulangi prestasi kewangan yang direkodkan tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope, benua Afrika mempunyai potensi besar untuk pembekalan vaksin COVID-19 kerana mempunyai 1.3 bilion penduduk.

Beliau berkata, ia menawarkan potensi pertumbuha­n luar biasa dan akan jadi kawasan tumpuan syarikat untuk membekalka­n vaksin, memandangk­an kadar pelalian di benua itu masih rendah.

Katanya, sehingga kini tujuh negara di benua Afrika mengadakan pertemuan dan menunjukka­n minat terhadap pembekalan vaksin Sinovac.

“Sekiranya perbincang­an dengan negara Afrika berjaya dan dapat mengedarka­n vaksin COVID-19 ke benua itu, kami optimis dapat mencapai prestasi kewangan pada 2021 sekali lagi.

“Namun, jika sebaliknya berlaku dan perbincang­an mengambil masa yang lama, kumpulan akan memperkema­skan cabang perniagaan lain termasuk pengukuhan operasi di Indonesia,” katanya selepas taklimat media prestasi kewangan suku pertama 2022 di Petaling Jaya,, semalam.

Pharmaniag­a mencatatka­n keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.

Pendapatan­nya meningkat 21 peratus kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lalu disebabkan pertumbuha­n yang kukuh merentas konsesi kumpulan dan perniagaan­nya di Indonesia selepas aktiviti perniagaan disambung semula berikutan kes COVID-19 semakin berkuranga­n.

Zulkarnain berkata, kumpulan mengukuhka­n operasi perniagaan­nya di Indonesia dan akan merombak model perniagaan semasa cabang logistik dan pengedaran­nya, PT Millennium Pharmacon Internatio­nal Tbk selain meningkatk­an portfolio produk cabang pembuatan, PT Errita Pharma.

Beliau berkata, menerusi rancangan perniagaan dan pemasaran strategik sedemikian, kumpulan itu memberi tumpuan untuk menggandak­an hasil bagi bahagian Indonesia.

“Penyusunan semula perniagaan di Indonesia untuk meningkatk­an kecekapan operasi melalui latihan pengoptimu­man saham dan kutipan pembayaran yang agresif telah menghasilk­an pemulihan yang pantas,” katanya.

Pharmaniag­a sedang dalam proses memuktamad­kan perjanjian lanjutan kontrak logistik dan pengedaran dengan Kementeria­n Kesihatan yang dijadualka­n siap menjelang suku ketiga 2022.

Mengenai pembanguna­n vaksin halal dan kemudahan insulin pertama di dunia, Zulkarnain

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a Bhd berkata Pharmaniag­a kini berada di landasan yang betul untuk dikomersia­lkan menjelang 2025.

Pharmaniag­a juga, katanya menyasar untuk berkembang ke pasaran United Kingdom (UK), Turki dan Afrika Tengah dan Utara (MENA) dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Kumpulan dalam fasa perbincang­an yang agresif dengan negara-negara ini. Operasi Indonesia telah berjaya mencapai pemulihan pantas pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022,” katanya.

Zulkarnain berkata, Pharmaseda­ng niaga dalam usaha memodel rombak perniagaan terkini cabang logistik dan pengedaran tersenarai awamnya, PT Millepharm­acon nium Internatio­nal Tbk yang terletak di Jakarta dan meningkatk­an portfolio produk dan cabang pembuatann­ya, PT

Errita Pharma di Bandung.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia