Berita Harian

Usahawan Sahajidah Hai-o Marketing dirai

-

Kira-kira 1,600 usahawan Sahajidah Hai-o Marketing dari seluruh negara hadir ke majlis Jamuan Makan Malam dan Penganuger­ahan Diamond 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Sabtu lalu.

Acara kemuncak adalah penganuger­ahan pangkat kepada 515 usahawan cemerlang yang dinobatkan sebagai penyandang baharu berpangkat Diamond dan penerima Tabung Kereta di atas pentas berbentuk Diamond bagi menghargai kerja keras serta pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun ini.

Pengerusi Sahajidah Hai-o Marketing, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata beliau bangga atas kejayaan yang dikecapi bersama, bukan sahaja dalam mendepani pandemik COVID-19, tetapi juga mencapai kejayaan di dunia perniagaan semasa krisis wabak dan ekonomi yang sukar.

“Majlis Diamond ini membuktika­n

Usahawan Sahajidah Hai-o Marketing diraikan pada majlis Jamuan Makan Malam dan Penganuger­ahan Diamond 2022, sabtu lalu.

momentum perjuangan usahawan Sahajidah Hai-o Marketing tidak pernah pudar malah kembali lebih gagah di mana tiada halangan yang dapat mematahkan semangat usahawan untuk kekal berjuang,” katanya semasa merasmikan majlis itu.

Pada majlis sama, Sahajidah Hai-o Marketing turut melancarka­n produk baharu iaitu minuman sarang burung campuran botani premium dengan goji beri dan madu, Sa-rang.

Komitmen Sahajidah Hai-o Marketing seiring dengan visi dan misinya iaitu untuk meningkatk­an tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat.

Antara usaha yang dilakukan adalah penekanan kepada amalan pemakanan yang baik, gaya hidup yang sihat serta pemilihan dan penawaran produk yang selamat dan berkhasiat.

Sahajidah Hai-o Marketing terus memastikan tawaran produk bertaraf premium untuk berikan pengalaman gaya hidup baharu selain peluang kepada ‘Shompreneu­rs’ pelbagai peringkat umur untuk tingkatkan pertumbuha­n dan pembanguna­n diri.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia