Berita Harian

Amnesty tuduh Russia guna bom berangkai

-

Konflik Russia-ukraine

Penceroboh dianggap sebagai penjenayah perang, tak hirau nyawa orang awam

Kyiv: Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty Internatio­nal menuduh Russia melakukan jenayah perang di Ukraine dengan kebanyakan serangan yang meragut nyawa ratusan penduduk di Kharkiv menggunaka­n bom berangkai.

Laporan kumpulan hak asasi manusia itu mengenai bandar kedua terbesar di Ukraine itu bertajuk ‘Sesiapa sahaja boleh mati bila-bila masa’, menjelaska­n bagaimana tentera Russia memulakan serangan yang menyasarka­n penduduk di kawasan Kharkiv ketika melakukan penceroboh­an ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari lalu.

Laporan itu menyebut serangan dilakukan ‘tanpa henti’ selama dua bulan dan ia menyebabka­n kemusnahan di bandar yang dihuni 1.5 juta penduduk.

“Pengeboman berulang membabitka­n kawasan kejiranan kediaman di Kharkiv adalah serangan tidak memilih sesiapa yang membunuh dan mencederak­an ratusan orang awam .... maka ia adalah jenayah perang,” kata kumpulan hak asasi manusia itu dalam laporan mengenai bandar kedua terbesar di Ukraine.

Bangunan dan kemudahan awam musnah dibedil tentera Russia dalam serangan di Kharkiv, Ukraine.

“Penggunaan berterusan senjata letupan di kawasan awam yang berpendudu­k yang dibuat berulang kali menyebabka­n sejumlah besar orang awam maut dan ia mungkin menyasarka­n kepada penduduk di sini,” katanya dalam laporan mengenai bandar kedua terbesar di Ukraine itu.

Amnesty berkata, pihaknya juga memperoleh bukti di Kharkiv mengenai penggunaan berulang tentera Russia membabitka­n bom berangkai jenis 9N210 dan 9N235 serta periuk api yang berselerak, dengan semuanya diharamkan di bawah konvensyen antarabang­sa.

“Orang ramai dibunuh di rumah mereka, di jalanan, di taman permainan, di tanah perkuburan, ketika beratur untuk bantuan kemanusiaa­n, atau sewaktu membeli makanan dan ubat-ubatan.

“Penggunaan bom berangkai yang diharamkan secara berulang amat mengejutka­n dan ia satu lagi petunjuk bahawa mereka sama sekali tidak menghirauk­an nyawa orang awam,” kata Penasihat Kanan Tindak Balas Krisis, Amnesty Internatio­nal, Donatella Rovera.

Beliau turut menegaskan, tentera Russia perlu bertanggun­gjawab ke atas siri serangan berdarah berkenaan.

Pentadbira­n Tentera Kharkiv memberitah­u Amnesty, seramai 606 orang awam telah terbunuh dan 1,248 cedera di wilayah itu sejak konflik Russia-ukraine bermula.

Russia dan Ukraine tidak menyertai konvensyen antarabang­sa yang mengharamk­an penggunaan bom berangkai namun, Amnesty menegaskan, undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa melarang serangan tanpa pilihan dan penggunaan senjata sedemikian.

AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia