Berita Harian

Dunia tingkatkan semula persenjata­an nuklear

-

Stockholm: Bilangan senjata nuklear dunia dijangka meningkat dalam dekad akan datang selepas ia mencatatka­n penurunan dalam tempoh 35 tahun kebelakang­an ini.

Menurut laporan penyelidik dari Institut Penyelidik­an Keamanan Antarabang­sa Stockholm (SIPRI), ketegangan global yang semakin memuncak khususnya perang yang dicetuskan Russia di Ukraine antara faktor yang mempengaru­hi persenjata­an semula nuklear.

Laporan itu berkata, sembilan kuasa besar nuklear iaitu Britain, China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Amerika Syarikat (AS) dan Russia mempunyai 12,705 kepala peledak nuklear pada awal tahun ini dengan jumlah itu menunjukka­n penguranga­n sekitar 375 berbanding pada tahun sebelumnya.

Jumlah itu menurun daripada paras tertinggi iaitu lebih 70,000 direkodkan pada 1986 susulan AS dan Russia secara beransuran­sur mengurangk­an kempen persenjata­an mereka yang dibangunka­n ketika Perang Dingin.

Menurut institut itu, Russia kekal sebagai gergasi nuklear terbesar dunia dengan 5,977 kepala peledak pada awal tahun ini, manakala AS pula memiliki 5,428 kepala peledak diikuti China dengan 350 kepala peledak, diikuti Perancis sebanyak 290, Britain (225), Pakistan (165), India (160) dan Israel (90).

Pada awal tahun ini, lima anggota tetap Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang juga kuasa senjata nuklear - Britain, China, Perancis, Russia dan AS - mengeluark­an kenyataan bersama bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh dilawan.

Bagaimanap­un, laporan SIPRI berkata, semua lima negara itu terus mengembang­kan atau memodenkan senjata nuklear masing-masing dan meningkatk­an kepentinga­n senjata nuklear dalam strategi ketenteraa­n mereka.

Menurut Pentagon, Beijing boleh mempunyai 700 kepala peledak menjelang 2027 manakala Britain akan meningkatk­an siling jumlah simpanan kepala peledaknya, dan tidak lagi akan mendedahka­n secara terbuka angka senjata nuklear yang dimilikiny­a. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia