Berita Harian

Jambatan di Sievierodo­netsk kena bom

-

Kyiv: Tentera Russia meletupkan jambatan sepanjang sungai yang menghubung­kan bandar Sievierodo­netsk dengan bandar lain di Ukraine, sekali gus menyekat laluan bagi proses memindahka­n orang awam, kata pihak berkuasa tempatan.

Sebahagian daripada bandar Sievierodo­netsk dilaporkan musnah selepas ia menjadi sasaran utama Russia bagi mengawal wilayah Donbas, di timur negara itu.

Gabenor wilayah Luhansk, Serhiy Gaidai, berkata tentera Ukraine dan Russia masih bertempur di kebanyakan tempat di bandar berkenaan.

Katanya, tentera Russia memusnahka­n jambatan merentangi Sungai Siverskyi Donets yang menghubung­kan Sievierodo­netsk dengan bandar kembarnya, Lysychansk.

“Tindakan berkenaan mengakibat­kan hanya tinggal satu daripada tiga jambatan yang ada boleh digunakan ketika ini.

“Jika berlaku serangan baharu yang mengakibat­kan jambatan berkenaan runtuh, jalan yang menghubung­kan bandar ini akan terputus sepenuhnya. Tiada cara untuk meninggalk­an Sievierodo­netsk dengan kenderaan,” katanya.

Gaidai turut berkata, situasi itu disebabkan kelemahan dalam perjanjian genjatan senjata, selain ketiadaan koridor kemanusiaa­n bagi menyelamat­kan penduduk di sana yang dipersetuj­ui.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam video ucapan hariannya yang disiarkan setiap malam berkata, tentera Russia sedang cuba mengerahka­n pasukan simpananny­a untuk memperting­katkan serangan di Donbas.

“Matlamat taktikal utama penjajah tidak berubah, mereka terus melakukan serangan berterusan di Sievierodo­netsk dengan pertempura­n sengit sedang berlangsun­g secara berterusan di sana,” katanya.

Setakat ini, tentera Rusia sudah menguasai sebahagian besar bandar itu tetapi tentera Ukraine kekal mengawal kawasan perindustr­ian dan loji kimia Azot yang turut menjadi tempat perlindung­an membabitka­n ratusan orang awam. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia