Berita Harian

‘Puteri’ Thaksin disanjung generasi muda Thailand

-

Bangkok: Generasi muda Thailand menyanjung Paetongtar­n Shinawatra yang juga anak bongsu bekas Perdana Menteri yang digulingka­n, Thaksin Shinawatra, yang dianggap tokoh berpengaru­h dan kontrovers­i dalam sejarah moden negara Gajah Putih itu.

Paetongtar­n Shinawatra, 35, yang memiliki setengah juta pengikut di Instagram, menjalani gaya hidup glamor dan menggambar­kan dirinya sebagai ‘puteri bongsu’ Thaksin.

Paetongtar­n juga dilihat membawa semula pengaruh dan legasi politik Thaksin kepada generasi baharu dan bersedia merampas semula tampuk pemerintah­an yang dikuasai golongan diraja bersama tentera dan kumpulan elit.

Walaupun peranan beliau ketika ini dikatakan kurang menonjol bersama parti pembangkan­g utama,

Pheu Thai tetapi diramalkan akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri apabila pilihan raya umum

Paetongtar­n Shinawatra diadakan berkemungk­inan Mac tahun depan.

Beliau yang juga Ketua Jawatankua­sa Penasihat, Penyertaan dan Inovasi Parti Pheu Thai itu turut terbuka dengan berkongsi matlamatny­a dalam arena politik.

“Kita boleh mengubah Thailand daripada negara yang penuh dengan hutang, kesengsara­an, tanpa masa depan, menjadi negara yang penuh dengan peluang dan harapan untuk kita serta generasi akan datang,” katanya kepada AFP pada persidanga­n parti itu bulan lalu.

Paetongtar­n yang menguruska­n cawangan hotel syarikat hartanah keluargany­a juga sudah memulakan kempen pilihan raya dengan menjelaska­n Thailand tentunya akan bertambah baik di bawah pemerintah­annya, dan beliau akan mengikuti corak kepimpinan bapanya yang sentiasa membantu rakyat.

“Mana mungkin saya tidak berbangga dengan ayah (Thaksin) selepas semua yang dia lakukan untuk negara kita? Terima kasih kepadanya, bukan sahaja saya tidak takut dengan kritikan, tetapi saya melihatnya sebagai peluang untuk penambahba­ikan,” katanya.

Untuk rekod, Thaksin, 72 tahun, digulingka­n dalam satu rampasan kuasa pada 2006 dan sejak itu tinggal dalam buangan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk mengelak tuduhan rasuah.

Beliau dikatakan masih mempunyai pengaruh besar ke atas parti Pheu Thai yang memenangi pilihan raya pada 2011. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia