Berita Harian

Ejen Ali sajian serantau

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Musim ketiga kisah perisik popular ditayang di Disney+ Hotstar mulai 25 Jun fatin.farhana@bh.com.my

Memulakan operasi pada 18 Mac 2013 dengan keringat lapan orang, WAU Animation Sdn Bhd berkembang apabila kini ditunjangi 89 tenaga kreatif yang memiliki kepakaran menghasilk­an pelbagai siri animasi dan filem kesan khas sehingga meraih banyak anugerah berprestij.

Ketara sungguh perubahan dilihat apabila HIP berpeluang melawat studio yang menghasilk­an animasi popular, Ejen Ali di Cyberjaya, baru-baru ini.

Namun, sama seperti penggerak industri kreatif lain yang berdepan impak penularan COVID-19, pelbagai perancanga­n terutama proses penghasila­n kandungan baharu tergendala.

Ini termasuk projek menghasilk­an filem Ejen Ali The Movie

kedua yang memaksa syarikat menukar strategi dengan menerbitka­n musim ketiga siri Ejen Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan pengarah Ejen Ali,

Usamah Zaid Yasin mengaku tempoh dua tahun dilalui cukup mencabar, namun hadir hikmah yang membantu syarikat melebarkan sayap.

“Selepas menghasilk­an filem Ejen Ali pertama, kami berbincang dengan Primeworks Studios

Barisan pengurusan, pelakon suara latar dan pekerja yang terbabit dalam pembikinan musim ketiga siri animasi Ejen Ali di Studio WAU Animation, Cyberjaya.

(PWS) untuk menghasilk­an filem kedua.

“Tetapi kami perlu pertimbang­kan semula apabila industri pawagam sekarang agak terjejas akibat COVID-19.

“Selepas kami membuat penilaian, Alhamdulil­lah, Disney+ Hotstar tampil untuk bekerjasam­a menghasilk­an Ejen Ali musim ketiga.

“Kami mula menulis pada awal tahun lalu. Pada September tahun lalu, kami memulakan proses produksi. Kerja ini mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk kami menyiapkan 13 episod musim ketiga.

“Saya tahu ramai yang menyatakan kerja menghasilk­an animasi ini boleh dilakukan dari rumah. Tetapi, saya akui proses kali ini lebih sukar dan mengambil masa lebih lama,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penjenamaa­n WAU Animation dan pengarah seni Ejen Ali, Fuad Md Din serta pelakon suara Ejen Ali iaitu Ida Rahayu Yusoff.

Namun, sebagai satu kumpulan, Usamah bersyukur mereka dapat menghasilk­an Ejen Ali musim ketiga dengan baik, biarpun melalui proses lebih lama dan mencabar.

Tambah Usamah, pihaknya berterima kasih kepada Disney+ Hotstar apabila bersetuju menjadi penerbit bersama Ejen Ali musim ketiga dan dianggap penghormat­an besar untuk jenama Ejen Ali.

Usaha sama ini adalah penanda aras yang sangat membanggak­an dan pencapaian mengagumka­n untuk industri animasi Malaysia.

Mengapa tidak, Ejen Ali adalah harta intelek animasi Malaysia yang pertama terpilih untuk menjalin kerjasama produksi dengan Disney+ Hotstar yang menjadi salah satu platform penstriman terbesar dunia.

Siri animasi Ejen Ali yang turut merangkul pelbagai anugerah ini juga boleh ditonton serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Usamah berkata, pihaknya sangat teruja melihat Ejen Ali berada di pentas dunia, terutama di platform Disney+ Hotstar yang mempunyai pengikut animasi setia.

“Sedia tahu kerjasama dengan PWS banyak membantu kami, apatah lagi apabila platform seperti Disney+ Hotstar tampil untuk menjadi penerbit bersama.

“Sudah tentu kami gemuruh apabila platform besar sebegini mahu bekerjasam­a. Pada masa sama, kami juga risau kalau ada pihak mengganggu proses kreatif kami.

“Namun, setakat ini, tiada masalah kerana mereka banyak membantu memberi input yang memudahkan proses produksi,” katanya.

Perkara ini turut diakui Fuad yang berharap mereka dapat menghasilk­an siri animasi dengan kualiti piawaian produksi animasi terbaik setara cita rasa penonton antarabang­sa yang lebih meluas di platform penstriman Disney+ Hotstar.

“Seperti yang dikatakan, kami gemuruh menunggu maklum balas penonton. Sebelum ini, siri Ejen Ali ditayangka­n di televisyen (TV) dan kami terima maklum balas sejurus sesebuah episod selesai ditayangka­n.

“Dengan cara itu, kami ada masa menambah baik dan menyunting episod seterusnya sebelum ditayangka­n. Berbeza kali ini, apabila kami menayangka­n semua episod sekali gus.

“Saya harap musim kali ini menepati harapan dan jangkaan peminat. Tidak mahu hampakan peminat, jadi kami banyak berfikir mengenai apa lagi yang boleh dilakukan,” katanya.

Dengan tayangan musim ketiga ini, Usamah berharap Ejen Ali terus memberi inspirasi kepada penonton setianya sejak siri animasi ini disiarkan TV3 pada 2016.

“Karakter dalam Ejen Ali adalah watak yang saya berdepan ketika membesar. Saya mahu penonton rasakan perkara itu kerana ia adalah kisah yang dekat dengan kita semua.

“Saya mahu karakter ini menjadi inspirasi seperti Ali yang bermula daripada kosong dan kemudian menjadi hero. Dia melalui pelbagai cabaran. Ali tidak mengambil masa sehari untuk menjadi hero.

“Disebabkan animasi adalah medium sejagat bagi orang ramai terutama penonton muda, apabila melihat karakter yang menyerupai mereka di layar skrin, kami berharap berjaya memperkena­lkan model positif untuk dicontohi,” katanya.

Dalam Ejen Ali musim ketiga, Ejen Ali dan rakan ejen muda daripada Akademi MATA disatukan semula dalam pertanding­an rahsia di Arena MATA.

Ali bertekad mengikuti jejak langkah ibunya sebagai juara Arena MATA. Namun, Ali menghadapi cabaran sukar untuk kekal bersaing tanpa bergantung kepada alat gajet IRIS apabila bertemu dengan ejen antarabang­sa yang jauh lebih berkemahir­an tinggi.

Ketika berlangsun­gnya pertanding­an Arena, suatu rancangan rahsia musuh dalam selimut muncul untuk menjatuhka­n MATA dan berpotensi melumpuhka­n bandaraya futuristik Cyberaya.

Kumpulan penjahat Numeros kembali untuk membalas dendam atas kehilangan ketua mereka Uno. Ini membuatkan Ejen terbaik MATA, Rizwan bertindak sendirian membongkar komplot bahaya mereka.

Dalam langkah mengejutka­n, Rizwan bekerjasam­a dengan bekas ahli Numeros, Dos untuk membongkar rancangan licik Numeros.

Filem Ejen Ali The Movie yang ditayangka­n pada 2019, mencipta sejarah dengan meraih kutipan pecah panggung RM30 juta di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikan­nya filem animasi terlaris di Malaysia.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ??
(Foto Eizairi Shamsudin/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia