Berita Harian

Angkat gasing, kerambit jadi gajet baharu

-

Terkenal dengan dunia penceritaa­n inovatif dan animasi berkualiti tinggi, francais animasi Ejen Ali berjaya mengangkat pengaruh kepelbagai­an budaya di Malaysia dengan mengetenga­hkan teknologi moden yang digabungka­n pelbagai elemen tradisiona­l Malaysia dan serumpun.

Antaranya penggunaan unsur gasing dan kerambit sebagai gajet baharu serta seni mempertaha­nkan diri silat.

Atas kelebihan itu, tidak hairanlah platform penstriman­an antarabang­sa, Disney+ Hotstar berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan WAU Animation dan PWS dalam menghasilk­an musim ketiga siri Ejen Ali.

Ketua Kandungan dan Kreatif, Asia Tenggara dan Indonesia, Syarikat Walt Disney, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya teruja memperkena­lkan Ejen Ali kepada penonton Disney+ Hotstar di Asia Tenggara.

“Musim baharu ini adalah langkah kami untuk berkongsi pelbagai kandungan hebat tempatan dengan penonton di seluruh dunia. “Kami juga sungguh teruja melihat reaksi penonton, khususnya peminat setia yang mengikuti misi Ejen Ali dan ejen baharu apabila ditayangka­n secara eksklusif di Disney+ Hotstar, bulan ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Nini Yusof, berkata pihaknya berbangga menyajikan

Ejen Ali kepada penonton serantau bersama Disney+ Hotstar.

“Usaha sama ini mencermink­an nilai tinggi yang kami letakkan pada kolaborasi penghasila­n kandungan demi memperluas­kan jumlah penonton di dalam dan luar Malaysia.

“Kami yakin penonton Disney+ Hotstar bakal terhibur dengan jalan penceritaa­n menarik yang dibawakan WAU Animation yang digerakkan pengkarya kreatif sangat berbakat.

“Kami berharap animasi tempatan yang menampilka­n pelbagai suara dan rupa Asia ini akan memberi inspirasi kepada penonton setia dan penonton baharu untuk menerokai kandungan meluas yang boleh didapati di MPTN.

“Kami juga berharap penonton di luar Malaysia turut terhibur dengan kandungan kami yang tersedia di Disney+ Hotstar,” katanya. Dalam musim ketiga Ejen Ali, penonton bakal disajikan aksi hebat dan efek visual menakjubka­n di mana Noorhayati Maslini, Azi Shafian dan Azman Zulkiply kembali mendukung watak asal mereka.

Tidak ketinggala­n, Usamah yang bertindak sebagai pengarah dan ketua penulis skrip bersama pengarah kreatif dan suara, Shafiq Isa, turut meminjamka­n suara mereka bagi beberapa karakter dalam siri ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia