Berita Harian

Pemain United diberi amaran

-

London: Pengurus England, Gareth Southgate berkata pemain Manchester United yang kini tidak bersama skuad, perlu ‘melakukan banyak perkara’ untuk kembali mendapat tempat ke Piala Dunia.

Ketika pertahanan kiri, Luke Shaw mengalami kecederaan, Marcus Rashford dan Jadon Sancho tidak terpilih kerana prestasi buruk, hanya Harry Maguire menjadi pemain tunggal United berada dalam skuad Liga Negara-negara UEFA untuk berdepan Hungary.

Rashford dan Sancho tidak terpilih sejak kekalahan England di tangan Itali pada final kejohanan Eropah tahun lalu, namun Southgate berkata bulan lalu pemain itu memiliki perlawanan yang cukup bersama kelab untuk menunjukka­n kualiti dan mengubah mindanya sebelum Piala Dunia pada November ini.

Kedua-dua penyerang itu tidak bersama United dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika kelab mereka menamatkan saingan di tangga keenam dan tidak layak ke Liga Juara-juara.

Ketika ditanya jika pemain United akan menjadi lebih segar untuk musim akan datang tanpa bola sepak Liga Juara-juara, Southgate berkata, “Hanya ada seorang bersama kami. Mereka perlu melakukan banyak perkara untuk kembali ke dalam skuad. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia