Berita Harian

Portugal tersungkur tanpa kelibat Ronaldo

-

Sepanyol pula mudah benam Republik Czech

Geneva: Jaringan penyerang Haris Seferovic memberikan Switzerlan­d kemenangan 1-0 ke atas Portugal sekali gus membolehka­n skuad kendalian Murat Yakin meraih kemenangan pertama dalam aksi Liga Negara-negara tahun ini.

Switzerlan­d mendahului hanya selepas 57 saat berdepan Portugal yang bermain tanpa Cristiano Ronaldo apabila Seferovic meledak hasil hantaran Silvan Widmer.

Kapten Portugal, Pepe membuat penampilan antarabang­sa ke-128, namun mereka tidak bernasib baik apabila penjaga gol Switzerlan­d, Jonas Omlin menyelamat­kan percubaan Danilo dan Bernardo Silva.

“Kami tidak boleh melepaskan gol selepas 30 saat permainan. Ia kesilapan kami,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Kami kurang agresif. Kami lebih suka terus berada di persada kumpulan, tetapi saya sentiasa katakan perlawanan penting ialah pertemuan menentang Sepanyol.”

Kemenangan meningkatk­an semangat Switzerlan­d yang hadir ke perlawanan itu selepas tewas tiga perlawanan awal. Skuad kendalian Santos yang sebelum ini masih belum tewas, beraksi tanpa Ronaldo, Joao Moutinho dan Raphael Guerreiro yang tidak bersama skuad.

Sementara itu, Sepanyol memenangi perlawanan kedua berturut-turut selepas mengatasi Republik Czech 2-0. Skuad La Roja berada di depan selepas 24 minit apabila hantaran tepat Marco Asensio memberikan peluang buat Carlos Soler meledak.

Pablo Sarabia menambah gol kedua pada minit ke-75 apabila Sepanyol jelas lebih baik berbanding Republik Czech ketika mereka seri 2-2 di Prague minggu lalu.

Walaupun menang, Sepanyol perlu berterima kasih kepada usaha menyelamat penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon. Dia menepis percubaan minit ke-18 Vaclav Cerny dan dua minit selepas itu menafikan sepakan Jan Kuchta.

Sepanyol kekal selaku pendahulu Kumpulan 2 Liga A dengan lapan mata daripada empat perlawanan manakala Portugal satu mata di belakang.

AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Seferovic menanduk tepat ke arah gawang Portugal pada saat ke-57 aksi Liga Negara-negara UEFA di Stade de Geneve, Geneva, kelmarin. Switzerlan­d menang 1-0.
(Foto EPA) Seferovic menanduk tepat ke arah gawang Portugal pada saat ke-57 aksi Liga Negara-negara UEFA di Stade de Geneve, Geneva, kelmarin. Switzerlan­d menang 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia