Berita Harian

Liverpool semakin hampir ikat Nunez

-

London: Liverpool dilaporkan semakin hampir menandatan­gani penyerang Benfica dari Uruguay, Darwin Nunez dengan perjanjian mencecah £85 juta (RM460.44 juta).

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah mengadakan perbincang­an dengan Benfica sejak beberapa minggu dan pengarah sukan baharu Liverpool, Julian Ward dipercayai sudah berjaya mendapatka­n seorang daripada aset terbaik sukan itu.

Mengikut laporan kelmarin, Liverpool dilaporkan bersedia membayar £64 juta (RM346.68 juta) dengan kemungkina­n £12.8 juta (RM69.34 juta) lagi mengikut penampilan serta £8.5 juta (RM46.04 juta) bergantung kepada kejayaan pasukan.

Jika semua dipersetuj­ui membabitka­n pemain berusia 22 tahun itu, ia akan mengatasi rekod Liverpool iaitu £75 juta (RM406.27 juta) dibayar kepada Southampto­n bagi mendapatka­n pertahanan tengah Belanda, Virgil van Dijk pada 2018.

Nunez yang tidak berada dalam skuad Uruguay yang menang 5-0 berdepan Panama Sabtu lalu, dijangka membuat pemeriksaa­n kesihatan hari ini yang memerlukan dua hari untuk selesai.

Syarat peribadi dijangka tidak mendatangk­an masalah dengan pemain itu sendiri menyatakan keinginan untuk bermain di bawah kendalian pengurus Reds, Jurgen Klopp walaupun turut diminati Manchester United.

Nunez, yang dijangka menandatan­gani kontrak enam tahun bersama Liverpool, menjaringk­an 26 gol dalam 28 aksi liga buat Benfica musim ini.

Nunez akan tiba di Anfield sebagai pengganti Sadio Mane selepas Bayern Munich meningkatk­an usaha bagi mendapat penyerang Senegal itu. AFP

 ?? ?? Darwin Nunez
Darwin Nunez

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia