Berita Harian

MSC jamin tak campur tangan

-

adalah di pusingan kedua Masters Indonesia 2019 dengan keputusan 21-13, 21-13.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-m Thinaah turut menyatakan hasrat sama selepas terkandas di separuh akhir Masters Indonesa, juga di tangan wakil tuan rumah, Apriyani Rahayu-siti Fadia Silva Ramadhanti 23-21, 14-21, 14-21.

“Jujurnya, kami perlu menunjukka­n peningkata­n yang lebih baik dan kami mahu menjadi lebih baik pada saingan seterusnya,” kata Thinaah.

“Terima kasih kepada rakan gandingan kerana minggu yang menakjubka­n ini.”

Pearly-thinaah dijadual bertemu rakan senegara, Anna Ching Yik Cheong-teoh Mei Xing pada pusingan pertama nanti dan ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua beregu ini.

Kuala Lumpur: Kepimpinan tertinggi Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) memberi jaminan untuk tidak campur tangan dalam pemilihan pemain kebangsaan dengan barisan kejurulati­han mempunyai kuasa penuh memilih mereka yang benar-benar berkelayak­an.

Timbalan Presiden MSC, Datuk Markiman Kobiran, berkata kuasa autonomi diberi sepenuhnya kepada barisan kejurulati­han baharu diketuai Azhar Sarabini untuk memilih pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan dengan yang terdekat di Kejohanan Piala Raja Thailand di Bangkok dari 24 hingga 31 Julai ini.

“Kita sudah melantik jurulatih kebangsaan dan dalam minggu ini, kita mungkin boleh menerima laporan penuh daripada jurulatih. Saya beserta Presiden dan Timbalan Presiden 1 memberi akujanji yang kita tak akan campur tangan, menggunaka­n pengaruh atau membuat desakan untuk memilih mana-mana pemain,” katanya.

Sebelum ini, Azhar dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad lelaki kebangsaan dalam satu mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi MSC dan bekas ketua jurulatih Kuala Lumpur itu diberikan kontrak sementara selama setahun bermula 15 Jun ini sehingga Sukan SEA Kemboja 2023.

 ?? (Foto ihsan BAM) ?? Zii Jia tekad bangkit di Terbuka Indonesia selepas tersingkir di suku akhir Masters Indonesia minggu lalu.
(Foto ihsan BAM) Zii Jia tekad bangkit di Terbuka Indonesia selepas tersingkir di suku akhir Masters Indonesia minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia