Berita Harian

Damok raih podium berganda di Catalunya

-

Kuala Lumpur: Tiga penyertaan atas tiket ‘wildcard’ di Grand Prix (GP) Portugal, Sepanyol dan di Catalunya awal bulan ini nyata menyuntik magis luar biasa buat pelumba muda negara, Syarifuddi­n Azman di Pusingan 3 Kejuaraan Dunia Juniorgp 2022 di Litar Catalunya, kelmarin.

Hasilnya, Syarifuddi­n atau dikenali sebagai Damok berjaya menyambar penamat tempat kedua di kedua-dua perlumbaan sekali gus mengumpul 62 mata berharga bagi membolehka­n dia berada di tangga ketiga keseluruha­n ketika ini.

“Tentunya saya sangat gembira kerana pada kedua-dua perlumbaan saya berada di atas podium. Seperti yang saya janjikan pada minggu ini... saya akan memberikan magis dan piala ini adalah untuk rakyat Malaysia.

“Syukur dan terima kasih kepada pasukan kerana sudah bertungkus-lumus menyiapkan jentera yang bagus untuk saya mengharung­i minggu ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Pelumba Team Estrella Galacia 0,0 dari Sepanyol, Jose Antonio Rueda mendahului carta keseluruha­n kelas Juniorgp ketika ini dengan 108 mata selepas meraih tiga kemenangan di Valencia dan dikedua-dua perlumbaan di Litar Catalunya.

Rakan senegara, David Salvador (Laglisse Academy) berada di tangga kedua dengan 69 mata manakala Damok di kedudukan ketiga, 62 mata dan berkelebih­an satu mata berbanding David Alonso (Aspar Junior Team) di tangga keempat.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril (Asia Talent Team) menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-14 dan tidak menamatkan Perlumbaan 2 disebabkan satu insiden yang berlaku di selekoh 5 pada awal saingan.

Pusingan 4 musim dijadual berlangsun­g di Litar Jerez, 3 Julai ini sebelum saingan beralih ke Litar Misano pada September nanti.

 ?? ?? Syarifuddi­n atau Damok meraikan kejayaan menduduki tempat kedua di Litar Catalunya, kelmarin.
Syarifuddi­n atau Damok meraikan kejayaan menduduki tempat kedua di Litar Catalunya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia