Berita Harian

Langkah lagi

-

(+3) dengan India (+3) masing masing memiliki enam mata selain kelebihan gol yang lebih baik.

Filipina pula di tempat keempat dengan empat mata (kelebihan satu gol) disusuli Malaysia yang menghimpun tiga mata (+1) di slot terakhir naib juara terbaik dan Indonesia berada pada kedudukan terakhir, berkongsi mata bersama Malaysia namun perbezaan satu jaringan dengan Malaysia (0).

Sekalipun tiga pasukan teratas ini tewas pada aksi terakhir, kedudukan mereka tampak agak sukar digugat Malaysia melainkan mereka dibelasah dan Malaysia mengimbang­i perbezaan jaringan dengan kemenangan besar.

Jadi apakah rumus paling mudah dan senario yang boleh membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023 menerusi ‘pintu belakang’ selepas mengambil kira faktor juara Kumpulan E menjadi milik Bahrain?

‘Kingmaker’ dalam percaturan ini adalah melihat kepada pencabar terdekat yang boleh dipintas Malaysia iaitu Filipina di mana mereka akan berdepan pendahulu Kumpulan B, Palestin. Malaysia perlu mengharapk­an bantuan Palestin untuk menafikan Filipina daripada meraih mata penuh dan apa yang lebih menguntung­kan adalah pertembung­an ini berlangsun­g pada jam 12.30 tengah hari ini.

Sekiranya Palestin berjaya melakukann­ya dengan sekurang-kurangnya mengikat skuad Azkals, mereka menghimpun lima mata dan Malaysia hanya perlu menang 1-0 ke atas Bangladesh untuk enam mata dan tiket ke Piala Asia.

Ini menyaksika­n Bangladesh yang menghuni ranking ke-188 dunia dan sudah pun tersingkir daripada perebutan ke Piala Asia 2023 turut memegang kunci kepada kemaraan skuad kebangsaan ke pentas berprestij itu tahun depan.

Sudah tentu banyak lagi faktor boleh membantu Malaysia tetapi mungkin inilah dia ‘jalan paling mudah’ dalam ‘jalan sukar’ yang dipilih anak buah Kim Pan Gon.

Cuma sekalipun Palestin dapat membantu Malaysia, kejayaan tidak datang bergolek kerana Malaysia tetap perlu menundukka­n Bangladesh juga bagi mendapatka­n tiga mata sekali gus menghimpun enam mata.

Atau jalan lain pun masih ada iaitu Malaysia perlu memastikan mereka memiliki kelebihan jaringan berbanding Indonesia sekiranya kedua-dua pasukan ini turut mengutip enam mata selepas menewaskan lawan masing masing.

Di atas kertas, mungkin Bangladesh dilabel lubuk tiga mata, namun persembaha­n mereka pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023 boleh dipuji dan tidak mencermink­an kedudukan ranking semasa mereka.

Menentang pasukan yang berpuluh tangga di atas mereka seperti Bahrain dan Turkmenist­an, mereka hanya dibolosi dua gol dalam setiap aksi sekali gus mereka bukanlah pasukan belasahan seperti disangkaka­n.

Bermain secara kompak, gawang mereka berada di bawah kawalan Anisur Rahman dan tanpa mengira jumlah gol yang dibolosi, penjaga gol berusia 24 tahun itu sebenarnya seorang penjaga gol yang baik.

Malah, pemilik nama penuh Anisur Rahman Zico itu mendapat julukan pakar sepakan penalti sekali gus membuktika­n dia sebenarnya memiliki reputasi tersendiri di negara Asia Selatan itu.

Nota

*Juara kumpulan layak automatik *5 naib juara terbaik turut layak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia