Berita Harian

Tengku Permaisuri Selangor Pro-canselor UITM

-

Shah Alam: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurk­an sebagai Pro-canselor Universiti Teknologi MARA (UITM) yang baharu pada Istiadat Konvokesye­n UITM Ke-93 semalam.

Pemasyhura­n itu disempurna­kan Canselor UITM, Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Turut hadir pada istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurk­an sebagai Pro-canselor UITM bermula 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024.

Al-sultan Abdullah dalam titahnya menzahirka­n rasa bertuah dan berbesar hati menyempurn­akan pemasyhura­n Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-canselor UITM yang baharu.

Titah baginda, pemasyhura­n Tengku Permaisuri Selangor sebagai Pro-canselor sebuah universiti yang mempunyai nilai warisan sejarah yang sarat ikatan pertalian dengan Selangor amat bertepatan.

“Semoga dengan pemasyhura­n ini akan membuka lembaran baharu bagi UITM untuk terus dimartabat­kan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara,” titah baginda.

Istiadat Konvokesye­n yang berlangsun­g secara bersemuka bermula semalam hingga 6 Julai ini menyaksika­n 27,287 keseluruha­n graduan menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Sidang pertama istiadat turut menyaksika­n Al-sultan Abdullah menganuger­ahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 89 graduan dalam pelbagai bidang dan 14 orang penerima Anugerah Graduan Terbaik 2022.

Di UITM Shah Alam, sebanyak 24 sidang akan berlangsun­g dengan penganuger­ahan kepada 24,896 graduan dan diikuti dengan UITM Cawangan Sabah pada 30 Jun hingga 1 Julai 2022 membabitka­n seramai 728 graduan.

Istiadat Konvokesye­n UITM ke-93 bakal melabuhkan tirai di UITM Cawangan Sarawak yang akan berlangsun­g pada 4 hingga 6 Julai ini dengan jumlah graduan seramai 1,663 orang.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia