Berita Harian

Tiada individu baharu dikemuka bagi kes UKSB

-

Kuala Lumpur: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahka­n tiada individu baharu yang akan dikemukaka­n untuk dituduh dalam kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan sudah selesai dan kes UKSB kini dalam tempoh perbicaraa­n di mahkamah.

“Siasatan kes ini sudah pun selesai dan kes juga kini dalam perbicaraa­n. Mana-mana isu rasuah juga sudah dituduh.

“Justeru, setakat ini tiada pihak lagi akan dituduh bagi kes UKSB,” katanya selepas majlis Anugerah Media SPRM, di sini semalam.

Kelmarin, bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, memberitah­u Mahkamah Tinggi syarikatny­a memberi sumbangan dana politik antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada UMNO Bahagian Rembau.

Wan Quoris yang juga ahli UMNO berkata, wang bertujuan sebagai bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaa­n itu diberi menerusi UMNO Bahagian Rembau.

Dalam perkembang­an lain, Azam berkata, SPRM masih berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk meluluskan permohonan Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA) yang dimohon pihak berkuasa Perancis berhubung siasatan projek pembinaan infrastruk­tur pengangkut­an awam membabitka­n Transit Aliran Massa (MRT).

“Mereka memohon satu perkara iaitu berhubung pegawai awam dan entiti negara kita yang terbabit dalam suapan sebuah syarikat.

“Bagaimanap­un, kita belum memberi maklum balas kerana ia membabitka­n isu penguatkua­saan undang-undang dan banyak perundanga­n akan terbabit.

“Setiap siasatan di luar negara perlu melalui proses undang-undang dan sama ada ia perlu didedahkan atau tidak bergantung kepada negara berkenaan.

“Setakat ini, kita masih berbincang dengan Pejabat Peguam Negara dan jika sudah setuju, kita tunggu pula maklum balas mereka sama ada mahu terima atau tidak maklumat yang diberikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia