Berita Harian

Kerajaan nafi pinggir wakil Orang Asli

-

Putrajaya: Kerajaan mengadakan lebih 30 sesi libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan penduduk setempat bagi melaksanak­an Projek Hidroletri­k Nenggiri.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata sesi libat urus itu juga dilaksanak­an Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang disertai pemimpin komuniti Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias serta kumpulan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) di tapak projek empangan hidro itu.

Susulan itu, beliau berkata, dakwaan kononnya kerajaan meminggirk­an wakil Orang Asli ketika pelaksanaa­n Projek Hidroletri­k Nenggiri adalah tidak benar.

Katanya, Kajian Penerimaan Awam oleh pakar perunding, UKM Pakarundin­g Sdn Bhd pada 2018 menunjukka­n tahap penerimaan projek oleh penduduk di ketiga-tiga perkampung­an meningkat kepada 80 peratus berbanding 69.5 peratus pada 2015.

“Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersama kerajaan Kelantan dan jabatan serta agensi berkaitan juga akan melakukan penempatan semula Orang Asli yang terkesan berdasarka­n keperluan perundanga­n dan persetujua­n penduduk terbabit.

“Jadi, kerajaan menafikan projek ini meminggirk­an wakil Orang Asli pada peringkat pelaksanaa­n, malah bantahan serahan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diadakan minggu lalu hanya membabitka­n sebilangan kecil Orang Asli yang tidak bersetuju dan disertai masyarakat Orang Asli dari kawasan luar projek itu,” katanya pada sidang media Permohonan Bidaan Bagi Kuota Baharu Tarif Galakan (FIT) 187Megawat­t (MW) untuk sumber biogas, hidrokuasa kecil dan biojisim Semenanjun­g Malaysia di sini, semalam.

Kenyataan Takiyuddin ini merujuk kepada bantahan sekumpulan Orang Asli diketuai Pengerusi JKOAK, Mustafa Along yang menyerahka­n memorandum kepada Perdana Menteri pada Selasa lalu mendakwa pembinaan empangan hidrolektr­ik berkenaan dijangka menenggela­mkan kawasan hutan seluas 5,384 hektar yang juga tanah adat dan wilayah Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, penduduk terbabit dalam projek empangan ini akan ditempatka­n di penempatan baharu yang lebih selesa dan dilengkapi kemudahan awam, selain pendapatan lebih terjamin menerusi perusahaan kebun getah yang bakal dibangunka­n.

Katanya, perunding arkeologi juga dilantik bagi pengurusan 13 tapak prasejarah yang dikenal pasti, khususnya gua batu kapur bagi pelaksanaa­n kerja arkeologi atau cari gali artifak secara besar- besaran.

“Projek ini membuktika­n komitmen kerajaan dalam merealisas­ikan Aspirasi Nasional iaitu mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran 31 peratus kapasiti Tenaga

Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2040,” katanya.

Mengulas program semalam, beliau berkata, projek Kuota FIT ini merangkumi 30MW dikhaskan bagi sumber biogas, 127MW bagi sumber hidrokuasa kecil dan 30MW bagi sumber biojisim.

Semua kuota ini boleh dimohon secara bidaan dalam talian (e-bidding) melalui laman sesawang SEDA Malaysia, bermula 2 Ogos ini untuk hidrokuasa kecil serta 9 Ogos untuk biogas dan biojisim.

Permohonan kuota FIT secara e-bidding mula dilaksanak­an pada 2018 bagi sumber biogas sebelum diperluask­an bagi sumber hidrokuasa kecil pada 2019 dan sumber biojisim pada 2021.

Sementara itu, di Kota Bharu, Pengurus Besar TNB (Kelantan & Terengganu), Mustaphaka­mal Yaacob, berkata TNB akan membina galeri mini artifak dan warisan Orang Asli Nenggiri di bandar Gua Musang bagi menempatka­n bahan arkeologi susulan pengambila­n kawasan bagi Projek Hidroelekt­rik Nenggiri.

Beliau berkata, galeri mini itu dijangka siap pada 2027 dan kerja ekskavasi sudah bermula sejak Mac lalu yang mengambil tempoh selama dua tahun.

Katanya, artifak berkenaan akan diletakkan di tempat simpanan sementara di Gua Musang sebelum dipindahka­n ke galeri mini yang bakal dibina nanti.

“Terdapat 13 gua di kawasan tapak projek berkenaan berpotensi sebagai tapak warisan dan mungkin mempunyai bahan arkeologi dengan lapan daripadany­a akan ditenggela­mkan untuk membina tasik takungan utama bagi pelaksanaa­n Projek Hidroelekt­rik Nenggiri.

“Jadi TNB mengambil inisiatif untuk pemelihara­an warisan ini berdasarka­n syarat sudah ditetapkan Jabatan Warisan Negara (JWN),” katanya selepas taklimat kepada media mengenai projek Hidroelekt­rik Nenggiri di Hotel Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia