Berita Harian

31,598 entiti tak lapor pendapatan kepada LHDN

-

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan sebanyak 31,598 entiti terdiri individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang masih tidak melaporkan pendapatan sebenar.

LHDN dalam satu kenyataan semalam, berkata amaun ketirisan cukai langsung dialami oleh negara dianggarka­n bernilai RM665 juta dan nilai anggaran ketirisan itu adalah satu amaun yang signifikan dan mampu memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara jika ia tidak segera dibendung.

Ia menambah pengesanan entiti itu dibuat berdasarka­n maklumat melalui pemilikan aset dan kemampuan entiti terbabit mengambil pinjaman/sekuriti melebihi RM500,000 dan ke atas.

“Bagi tujuan itu, tempoh masa yang diberikan kepada mereka untuk mengambil tindakan seperti yang dinasihatk­an ialah selama sebulan iaitu bermula dari 15 Jun hingga 15 Julai 2022,” katanya.

Selepas tempoh sebulan itu tamat, LHDN akan mengambil tindakan penguatkua­saan cukai seperti audit, siasatan sivil dan siasatan jenayah terhadap entiti dan individu berkenaan yang masih gagal patuh menghantar Borang Nyata Cukai bagi sesuatu Tahun Taksiran, mengemukak­an penyata yang salah, dan mengelakka­n diri daripada dikenakan cukai.

“Tindakan siasatan jenayah akan memberi implikasi pendakwaan di mahkamah. Ketidakpat­uhan dan pelarian cukai ini dikenakan tindakan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 112, 113 dan 114 Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia