Berita Harian

Tinjauan awam bukan untuk buat keputusan

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail bhnews@bh.com.my

Mansuh hukuman mati mandatori

Inisiatif hanya mahu mendapatka­n pandangan masyarakat

Kuala Lumpur: Tinjauan awam yang bakal dilaksana oleh kerajaan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori adalah satu cara bagi mendapatka­n pandangan dan bukan untuk membuat keputusan.

Pakar Perlembaga­an, Prof Madya Dr Muhamad Fathi Yusof, berkata pendekatan tinjauan itu juga perlu membabitka­n kelompok masyarakat yang menyeluruh, tidak hanya bergantung kepada aktivis hak asasi dan pakar perundanga­n, malah juga kalangan agamawan serta pihak berkait penguatkua­saan undang-undang.

“Saya tidak anggap tinjauan ini sebagai satu proses untuk membuat keputusan, jadi tidak timbul isu sokongan majoriti dan sebagainya. Ia sekadar satu kaedah kajian ringkas bagi menilai tahap penerimaan dan kefahaman rakyat terhadap isu ini, itu saja.

“Soal jumlah (responden) bergantung kepada kerajaan, kalau ingin kesimpulan yang lebih mantap dan jitu, maka perlu ada jumlah responden yang lebih ramai,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kelmarin kerajaan akan mengadakan tinjauan awam dalam tempoh terdekat bagi mendapatka­n maklum balas dan pandangan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.

Wan Junaidi dilaporkan berkata, ia akan dilaksana sama seperti tinjauan berkaitan undang-undang antilompat parti yang mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden.

Muhammad Fathi berkata, dalam menyokong tinjauan itu pihak berkaitan juga perlu melaksanak­an proses pembabitan awam seperti program penerangan, edaran maklumat menerusi poster, infografik video supaya cadangan kerajaan lebih difahami orang ramai.

“Mungkin isu ini menjadi polemik berikutan pemakluman skop pemansuhan itu agak tidak jelas, selain kurang komunikasi yang baik antara pihak pencadang dengan orang awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Perundanga­n, Governans dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata kerajaan disaran menggunaka­n semua saluran yang ada bagi menggalakk­an rakyat memberi

Ketua Kluster Perundanga­n, Governans dan Pengurusan Awam, MPN

Pakar Perlembaga­an maklum balas tinjauan dilakukan.

“Tinjauan mungkin dalam bentuk borang kaji selidik menerusi Google atau secara soalan. Mungkin pihak terbabit juga boleh adakan dialog awam bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak tertentu untuk dengar pandangan mereka.

“Tidak ada salahnya juga jika tinjauan membabitka­n pandangan secara khusus keluarga atau waris mangsa jenayah walaupun ada maklum balas mereka yang tidak bersetuju (dengan pemansuhan) seperti laporan akhbar,” katanya.

Ditanya sama ada tempoh sebelum Oktober (jangkaan pindaan pemansuhan dibentang ke Parlimen) mencukupi untuk menjalanka­n tinjauan awam, Nik Ahmad Kamal berkata, tempoh itu singkat untuk mendapatka­n maklum balas yang jitu.

“Pilihan terbaik dengan membuat referendum membabitka­n seluruh negara, namun ia mengambil tempoh lama dan kos tinggi.

“Jadi pilihan seterusnya tinjauan awam yang boleh dilaksana dalam tempoh singkat, tapi saya tidak melihat tempoh antara dua hingga tiga bulan mencukupi. Begitu juga jumlah responden, ia bergantung pihak yang menjalanka­nnya.

“Kalau nak kata 1,000 responden tak cukup dan perlu 10,000 responden, itu sukar sebab ia bergantung kepada siapa yang akan respon dan sama ada hendak beri atau tidak,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia