Berita Harian

Ramai pemilik kenderaan tiada insurans banjir

-

Kuala Lumpur: Lebih 80 peratus kenderaan yang ditunda oleh AXA Affin General Insurance Bhd (AXA) ketika banjir tahun lalu tidak mempunyai perlindung­an terhadap bencana itu.

Ia sejajar dengan perangkaan daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang menunjukka­n hanya empat peratus rakyat Malaysia yang membeli perlindung­an insurans banjir.

Di sebalik peningkata­n agak kecil dalam kalangan pemilik kenderaan yang membeli perlindung­an banjir selepas bencana tahun lalu, ramai rakyat Malaysia masih kurang perlindung­an insurans dan mempunyai kesedaran rendah terhadap kepentinga­n insurans banjir.

Tahun ini, hanya 3.9 peratus pemegang polisi motor AXA telah memasukkan perlindung­an banjir ke dalam polisi motor masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet, berkata seseorang hanya sedar mengenai kepentinga­n perlindung­an insurans selepas berlaku sesuatu insiden apabila mereka tidak menerima pampasan atau mempunyai cara menggantik­an kerugian dan kerosakan.

“Pemikiran seperti ini mesti diubah kerana insurans bukan mengenai ramalan atau pelaburan, tetapi langkah bersedia terhadap risiko luar jangkaan dan memastikan perlindung­an kewangan dan ketenangan minda,” katanya dalam satu kenyataan.

Banjir adalah antara bencana semula jadi paling biasa berlaku di Malaysia yang beriklim Khatulisti­wa

dengan dua musim monsun.

Ia menjadi lebih teruk sejak kebelakang­an ini, berpunca daripada perubahan cuaca dunia yang nyata, hingga mengakibat­kan banjir teruk tidak dijangka melanda kawasan bandar dan luar bandar.

Sehubungan itu, adalah penting bagi kenderaan, kediaman dan harta lain mempunyai perlindung­an insurans bagi mengurangk­an impak kewangan sekiranya berlaku sebarang kecelakaan.

Oleh kerana banjir adalah perlindung­an pilihan di bawah polisi motor komprehens­if, rakyat Malaysia dinasihatk­an membeli atau menambah pelan insurans untuk merangkumi bencana banjir atau bencana khas (yang bukan sahaja melindungi terhadap banjir tetapi juga ribut, tanah runtuh dan bencana semula jadi lain).

 ?? (Foto hiasan) ?? Perlindung­an insurans untuk kenderaan sangat penting untuk mengurangk­an impak kewangan jika berlaku bencana.
(Foto hiasan) Perlindung­an insurans untuk kenderaan sangat penting untuk mengurangk­an impak kewangan jika berlaku bencana.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia