Berita Harian

Maximus ketuai cari dokumen hak Sabah

-

Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mengetuai kumpulan pakar perundanga­n dan pengkaji untuk mencari dokumen rujukan yang berkaitan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di London.

Kumpulan itu yang turut disertai pegawai kerajaan persekutua­n dan negeri dijadual berlepas pada 19 Jun ini dan akan berada di London bagi melaksanak­an tugasan berkenaan selama seminggu.

Maximus berkata, kajian awal menunjukka­n lebih 300 dokumen yang merujuk kepada hak Sabah dan perkara berkaitan dengan MA63 tersimpan di Arkib Nasional, London, ketika ini.

“Wujud banyak salah faham, jadi inilah masanya untuk membetulka­n rekod mengenai MA63. Ini kerana MA63 bukan sekadar satu perjanjian, jadi kita perlukan semua fakta dan angka untuk membolehka­n kita membuat tuntutan yang menjadi hak kita,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata usaha yang akan dilakukan kumpulan itu sangat penting bagi memastikan hak Sabah dan rakyatnya dapat dilindungi.

Katanya, kerajaan Sarawak juga melakukan perkara yang sama enam tahun lalu.

“Akhirnya kita dapat melihat dokumen rahsia ini selepas ia tidak lagi diklasifik­asikan sedemikian di Arkib Nasional, London.

“Berikutan itu, kita berharap dapat gambaran yang lebih baik apa yang berlaku sebelum kemerdekaa­n kita pada 1963,” katanya.

"Kajian awal menunjukka­n lebih 300 dokumen yang merujuk kepada hak Sabah dan perkara berkaitan dengan MA63 tersimpan di Arkib Nasional, London, ketika ini "

Dr Maximus Ongkili,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia