Berita Harian

Negara kehilangan tokoh pendidikan terulung

Seri Paduka, PM ucap takziah atas pemergian Tun Arshad pada usia 93 tahun

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Nor Azizah Mokhtar dan Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, menzahirka­n ucapan takziah atas pemergian tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub, 93, awal pagi semalam.

Sambil turut menzahirka­n perasaan dukacita, baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM) bertitah, Allahyarha­m adalah seorang tokoh dan negarawan bertanggun­gjawab sebagai arkitek penubuhan UITM yang kini terkenal sebagai gedung modal insan peribumi yang teragung di Malaysia.

“Kehilangan beliau dirasai negara dan khususnya UITM.

“Semoga jasa dan pengorbana­n dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT. Semoga roh beliau ditempatka­n dalam kalangan solihin,” titah baginda pada Istiadat Konvokesye­n UITM Ke-93, semalam.

Allahyarha­m Arshad menghembus­kan nafas terakhir di hospital pada jam 2.06 pagi semalam, selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa minggu lalu kerana masalah kesihatan. Allahyarha­m adalah Pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM yang kini dikenali sebagai UITM) dari 1967 hingga 1975.

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pemimpin politik lain turut menzahirka­n perasaan sedih dan mengucapka­n takziah atas pemergian Allahyarha­m.

Perdana Menteri berkata, tokoh pendidikan itu memberi sumbangan besar kepada negara.

“Negara kehilangan seorang tokoh sangat berjasa dan meninggalk­an legasi tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia. Allahyarha­m adalah pendidik berpandang­an jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara.

“Legasi Allahyarha­m, khususnya menubuhkan UITM, melahirkan ramai profesiona­l dan usahawan tekno Melayu di negara ini. Kini, universiti itu melahirkan lebih 700,000 graduan,” katanya melalui Facebook beliau, semalam.

Ismail Sabri berkata, Allahyarha­m juga menunjukka­n pencapaian luar biasa dalam semua bidang yang diceburi.

“Beliau turut terbabit merancang agenda pembanguna­n negara, khususnya pada era selepas kemerdekaa­n negara yang menjadi teras pentadbira­n Tun Abdul Razak dalam memacu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Keazaman, kebijaksan­aan dan kerja keras Allahyarha­m tanpa mengenal erti penat lelah untuk negara serta seluruh Keluarga Malaysia, wajar diteladani.

“Semoga roh Allahyarha­m dicucuri rahmat dan ditempatka­n bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya sambil mewakili rakyat mengucapka­n takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan rakan seperjuang­an Arshad. Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatka­n pemergian Allahyarha­m sebagai kehilangan besar kepada negara.

“Kita menerima perkhabara­n mendukacit­akan, hari ini (semalam). Malaysia kehilangan seorang tokoh pendidikan yang sangat berjasa kepada tanah air. Pengarah pertama ITM dan dianggap pencetus idea kepada perkembang­an pendidikan di ITM,” katanya melalui Facebook.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Allahyarha­m adalah nama besar yang cukup dikenali dan banyak berjasa dalam bidang pendidikan serta pembanguna­n ekonomi negara.

Presiden BERSATU itu berkata, sumbangan Arshad dalam pendidikan tiada tolok banding, termasuk dalam merintis penubuhan dan pembanguna­n ITM sehingga institusi itu dikenali sebagai UITM kini berjaya melahirkan jutaan modal insan berkualiti.

Katanya, beliau secara peribadi mengenali Allahyarha­m yang pernah berkhidmat dalam beberapa kementeria­n sebagai ketua setiausaha dengan menyifatka­n Tun Arshad sebagai seorang yang amat tegas, komited serta berdedikas­i.

“Api kecintaan Allahyarha­m kepada pembanguna­n pendidikan anak bangsa tidak pernah padam hingga ke akhir hayatnya,” katanya.

Ketua pembangkan­g yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penubuhan institusi pendidikan sebesar UITM adalah bukti komitmen serta conviction Allahyarha­m dalam mengangkat dan membela anak bangsa.

“Di kesempatan ini, ingin saya singkap sumbangan Allahyarha­m yang tidak kecil, terutama jasa beliau dalam menggagas antara institusi pendidikan terpenting di negara ini, iaitu ITM, kini UITM,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Allahyarha­m banyak menyumbang kepada pemerkasaa­n universiti negara, manakala Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula melihat jasa Arshad kepada negara, terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi akan dikenang sampai bila-bila.

Tun Arshad Ayub

Legasi pendidikan tinggi Tun Arshad merentasi UITM Rencana 12

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia