Berita Harian

Hamid Gurkha meninggal

-

Hamid Gurkha

Kuala Lumpur: Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada jam 2.19 petang, semalam.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsu, Nor Ashita Hamid.

Nor Ashita berkata, doktor mengesahka­n arwah bapa menghidap penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Kami reda pemergian arwah. Allah lebih menyayangi bapa selepas enam hari dimasukkan ke hospital,” katanya kepada BH.

Allahyarha­m Hamid meninggalk­an balu, Timah Abdul Hamid, 80, dan enam anak. Dua lagi anak arwah sudah meninggal dunia.

Nor Ashita berkata, jenazah bapa masih ditempatka­n di hospital untuk melalui beberapa prosedur sebelum dibenarkan dibawa pulang.

“Saya dan adik-beradik tidak dapat menjangka bila pengebumia­n dibuat. Mungkin hari ini (semalam) atau esok (hari ini),” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia