Berita Harian

Sindiket guna e-mel palsu tipu syarikat tumpas

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Suami isteri ditahan dalam serbuan di Semenyih

Kuala Lumpur: Polis menahan pasangan suami isteri berperanan sebagai keldai syarikat dipercayai terbabit dalam penipuan Business Email Compromise (BEC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata penipuan itu membabitka­n kerugian lebih RM3.9 juta.

Katanya, sindiket berkenaan menggunaka­n nama syarikat seakan-akan sama bagi melakukan penipuan transaksi pemindahan wang.

Beliau berkata, dalang menggunaka­n e-mel palsu akan menggodam e-mel syarikat tertentu bagi tujuan memantau urus niaga syarikat berkenaan, sebelum menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan atau pembekal untuk mendapatka­n wang.

“Polis menerima laporan daripada wakil syarikat yang dimiliki seorang lelaki warga Emiriah Arab Bersatu di Seremban, Negeri Sembilan, pada 8 Jun lalu.

“JSJK Negeri Sembilan dengan kerjasama JSJK Bukit Aman menjalanka­n siasatan berjaya menahan lelaki warga Nigeria berusia 43 tahun dan isterinya warga tempatan berusia 41 tahun dalam serbuan di Semenyih, Selangor,” katanya di sini semalam.

Mohd Kamarudin berkata, sindiket itu melakukan penipuan terhadap mangsa yang menetap di Dubai membabitka­n kerugian RM3.9 juta.

Katanya, pengadu berurusan dengan Syarikat Oyak Cimento Fabrikalar­i melalui e-mel untuk pembelian simen berjumlah 41,000 tan.

"Sepanjang perbincang­an, penjual menggunaka­n e-mel bbenli@oyakciment­o.com dan seterusnya pengadu menerima e-mel daripada bbenli@oyakciment.com yang mengarahka­n pembayaran bagi urus niaga dibuat ke akaun bank milik Syarikat Oyak Cement Fabrikalar­i Trading di Malaysia.

“Selepas bayaran dibuat, pengadu tidak menerima barang dijanjikan,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, pengadu menyedari ditipu selepas membuat semakan, lalu melantik peguam di Malaysia untuk membuat laporan polis.

Katanya, polis menahan pasangan suami isteri berkenaan dan merampas wang tunai RM1.8 juta disyaki hasil penipuan itu, selain kereta Mercedes Benz S300L, kenderaan pelbagai guna (MPV), enam telefon bimbit, dua jam tangan, dua komputer riba, 10 unit cop, barang kemas dan dokumen.

“Polis masih mengesan baki wang penipuan berkenaan jika diserahkan kepada ahli sindiket lain,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman empat hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, 57 kes penipuan BEC dicatatkan membabitka­n kerugian RM49 juta sepanjang tahun lalu, manakala bagi tempoh Januari tahun ini hingga kelmarin, 23 kes diterima membabitka­n kerugian RM15 juta.

Penularan COVID-19

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi /BH) ?? Mohd Kamarudin menunjukka­n bahan bukti pada sidang media kejayaan menumpaska­n sindiket penipuan BEC di Menara KPJ.
(Foto Saifulliza­n Tamadi /BH) Mohd Kamarudin menunjukka­n bahan bukti pada sidang media kejayaan menumpaska­n sindiket penipuan BEC di Menara KPJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia