Berita Harian

Jumlah pesakit meningkat 20 peratus

-

Kuala Lumpur: Peningkata­n 20 peratus kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk dari 5 hingga 11 Jun lalu jumlah normal selepas perayaan.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata bagaimanap­un kadar itu tidak boleh dipandang ringan selepas ada tiga penularan COVID-19 membabitka­n dua kes varian BA.5 dan satu jangkitan BA.4.

Katanya, survelan kerajaan terhadap penularan varian baharu yang dikesan perlu ditingkatk­an dan orang awam tidak mengambil mudah dengan kadar kebolehjan­gkitan COVID-19, walaupun banyak kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP).

“Apa yang penting adalah sikap tanggungja­wab individu yang mengalami simptom untuk melaksanak­an ujian kendiri,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan melaporkan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini, meningkat sebanyak 20 peratus pada minggu dari 5 hingga 11 Jun lalu.

Kemasukan pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk pula menurun sebanyak 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, jumlah pesakit jangkitan Kategori Satu dan Dua juga meningkat sebanyak 33.3 peratus, manakala Kategori Tiga hingga Lima pula naik sembilan peratus.

Mengulas lanjut berkenaan amalan norma baharu, Dr Sharifa Ezat, berkata biarpun banyak SOP dilonggark­an dalam Fasa Peralihan Endemik, orang awam tidak boleh memandang ringan, termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

Katanya, ini perlu diambil berat oleh setiap individu bagi melindungi diri dan keluarga, ditambah lagi dengan beberapa penyakit yang mempunyai simptom sama seperti penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Beliau berkata, HFMD boleh menyerang orang dewasa dan bukan hanya kanak-kanak.

“Apa yang penting adalah sikap tanggungja­wab individu dalam memastikan keadaan mereka apabila mengalami simptom seperti demam berlarutan.

“Amalan menjaga penjarakan sosial juga masih perlu diteruskan kerana kita tidak tahu tahap imuniti badan masing-masing, walaupun sudah mendapatka­n vaksinasi lengkap dan dos penggalak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia