Berita Harian

Hanya 2 projek ‘sakit’ di Kelantan

- Oleh Hidayatida­yu Razali bhnews@bh.com.my

Kenaikan harga bahan binaan, kurang tenaga buruh antara faktor rencatkan pelaksanaa­n

Kota Bharu: Hanya dua projek dipantau Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dikategori­kan sebagai projek ‘sakit’ di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata projek berkenaan ialah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-kuala Krai membabitka­n Pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer (km), yang lewat 23 peratus atau 308 hari.

Beliau berkata, ia sepatutnya siap Mei lalu, justeru Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah untuk mengatasi masalah berkenaan dan menyiapkan projek itu dengan segera.

“Projek sakit kedua pula membabitka­n pembinaan terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, yang lewat 100 hari,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan mesyuarat pengurusan projek pembanguna­n di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Mustapa berkata, beberapa projek lain mengalami kelewatan bagi Pakej 2C dari Bukit Sejuk ke Gua Musang sepanjang 19.6km, dan Pakej 3B serta 3C Kilometer 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang sepanjang 7km.

Beliau menjelaska­n, projek terbabit sakit dan lewat disiapkan berikutan beberapa masalah, termasuk kekurangan tenaga kerja.

Katanya, kenaikan harga barang binaan turut menjadi faktor projek terbengkal­ai dan lambat siap berbanding masa ditetapkan.

“Kenaikan harga barang binaan, termasuk besi untuk pembinaan serta bitumen bagi pembuatan jalan, ialah antara isu dihadapi pada peringkat global dan bukan di negara ini saja,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri projek yang mengikut jadual ialah pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) membabitka­n tiga pakej dan sembilan seksyen.

Beliau berkata, empat seksyen terbabit dalam peringkat pembinaan, manakala lima lagi pada peringkat perolehan dan dijangka bermula tahun ini.

“Sebahagian pakej terbabit juga sedang dilaksanak­an, iaitu Pakej 2B dari Paloh 2 ke Bukit Sejuk sepanjang 20km, dan Pakej 3D dari Bulatan Gua Musang ke Mentara sejauh 7km,” katanya.

Mustapa turut memaklumka­n, projek pembanguna­n di Kelantan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), berjalan lancar serta mengikut perancanga­n dengan mencapai pelaksanaa­n sebanyak 27.8 peratus, setakat Mei lalu.

Beliau berkata, semua projek pembanguna­n itu menggunaka­n RM665 juta daripada jumlah peruntukan. Walaupun perbelanja­an lebih rendah berbanding purata nasional 33.5 peratus, pencapaian itu adalah lebih tinggi berbanding 14 peratus atau RM334 juta pada April lalu.

“Sejumlah 392 projek pembanguna­n di Kelantan membabitka­n peruntukan RM1.8 bilion diluluskan bawah RMK-12. Semua projek diluluskan itu akan dipastikan dapat dilaksana dalam tempoh ditetapkan selaras dengan kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Selain itu, Mustapa berkata, lebih RM1.5 bilion diluluskan bagi projek Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB)

Sungai Golok yang dilaksanak­an melalui dua fasa utama.

“Fasa pertama membabitka­n kos RM656 juta dan dijangka siap pada 2024 yang merangkumi pembinaan ban banjir Sungai Golok sepanjang 26.2km, pembinaan pemecah ombak, ban Sungai Mentua sejauh 8.1km, pagar Kuala Jambu serta penambahba­ikan ban banjir Sungai Lanchang Lemal sepanjang 19.8km.

“Fasa kedua dijangka siap pada 2028 membabitka­n kos RM465 juta meliputi pembinaan benteng tebatan banjir Rantau Panjang, pengambila­n tanah dan beberapa komponen bukan fizikal.

“Kerajaan Persekutua­n melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri juga meluluskan permohonan Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi pembinaan PLSB Sungai Golok Fasa Dua dengan kos tambahan RM414 juta,” katanya.

“Justeru, kos meningkat sebanyak RM465 juta kepada RM879 juta,” katanya sambil menjelaska­n kelulusan kos tambahan itu adalah berdasarka­n penjimatan beberapa projek lain bawah KASA yang tidak dapat dibelanjak­an,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia