Berita Harian

Jemaah muda daftar Tabung Haji sejak lahir

-

Kesungguha­n ibu bapa persiapkan simpanan patut dicontohi

Makkah: Inisiatif ibu bapa mendaftar haji sejak anak masih kecil memberi kelebihan kepada anak muda menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

Beberapa anak muda memperoleh tawaran sedemikian dan ada antara mereka hadir secara berseorang­an, bersama adik-beradik mahupun ibu bapa.

Seorang jemaah, Hajullah Putra Md Taib, 24, yang juga pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, tawaran kali pertama diterima pada hujung 2019, tetapi ditangguhk­an ekoran wabak COVID-19.

Kali ini beliau bukan saja menerima semula tawaran, tetapi bernasib baik apabila tersenarai sebagai jemaah KT01 atau penerbanga­n pertama 4 Jun lalu.

Beliau berkata, ibunya Aeshah A Hamid mendaftar haji sejak dari usia enam bulan iaitu pada 1998 dan ibunya juga berpeluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci pada 2006.

“Memang tak terjangka. Sebenarnya, saya tak kisah bila tarikh penerbanga­n, cuma berharap boleh datang ke Makkah saja.

“Tetapi ditakdirka­n disenarai awal, dengan sambutan luar jangka bersama pelbagai cenderamat­a sampai tak cukup tangan nak pegang,” katanya.

Selain Hajullah Putra, seorang lagi anak muda iaitu Ahmad Ainullutfi Azzman, 29, menjejakka­n kaki ke Tanah

Suci tahun ini, menerusi usaha ibunya membuat pendaftara­n awal.

Beliau pernah menerima tawaran haji lima kali iaitu pada 2008, 2012, 2015, 2019 dan tahun ini.

Katanya, tawaran tahun sebelum ini terpaksa ditolak kerana belum bersedia, selain menghadapi kekangan kewangan serta komitmen lain.

“Ibu, Norhaliza Hanifah membuat pendaftara­n haji sejak kami adik-beradik kecil lagi.

“Sepatutnya saya ke sini bersama kakak, tetapi beliau menolak kerana sedang menyambung pelajaran peringkat doktor falsafah (PHD), abang ditawarkan juga, tetapi tak dapat datang kerana sambung peringkat ijazah sarjana muda,” katanya.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Wan Amier Ashraf Yamin, 21, dan kakaknya Wan Arina Azrinor Yamin, 29, bersyukur terhadap kesungguha­n ibu mereka menyimpan dengan Tabung Haji sejak mereka kecil, sehingga boleh tunai haji pada usia muda.

Ibu mereka Sharifah Norkaya Shah Latif, 57, seorang pesara guru, mula menyimpan duit untuk mereka di Tabung Haji ketika Wan Arina Azrinor berumur lima tahun, manakala adik lelakinya pula beberapa bulan selepas dilahirkan pada 2001.

“Ibu buat persediaan lebih awal apabila membuat tabungan untuk kami di Tabung Haji melalui potongan gaji.

“Kami sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami. Ini tanda kasih sayang mereka kerana sentiasa memikirkan masa depan kami,” kata Wan Arina Azrinor. BERNAMA

Hajullah Putra

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Wan Arina (kiri) dan Wan Amier ketika berlepas menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
(Foto BERNAMA) Wan Arina (kiri) dan Wan Amier ketika berlepas menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia