Berita Harian

Empat ditahan kes rasuah pembekalan hospital

-

Kuala Lumpur: Empat individu, iaitu dua bekas pegawai kanan sebuah hospital swasta dan dua pemilik syarikat pembekal direman bagi membantu siasatan membabitka­n kes rasuah bernilai kira-kira RM200,000 yang dilakukan pada 2016 hingga 2019.

Difahamkan, semua suspek lelaki yang berusia di antara 34 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya petang kelmarin.

Sumber berkata, dua orang bekas pegawai kanan hospital swasta berkenaan dipercayai meminta dan menerima suapan daripada dua pemilik syarikat pembekal bagi membantu syarikat itu mendapat projek.

“Ia berkaitan kerja pembekalan peralatan perubatan, pembelian tanah, projek pembanguna­n dan pembekalan perkakasan teknologi maklumat kepada hospital di bawah syarikat hospital swasta berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi BH mengesahka­n penahanan reman itu dan semua suspek ditahan mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Majistret Shah Wira Abd Halim semalam mengeluark­an perintah reman selama enam hari bermula semalam hingga 19 Jun ini terhadap seorang bekas pegawai kanan hospital swasta dan dua pemilik syarikat pembekal.

Seorang lagi bekas pegawai kanan hospital swasta pula direman selama lima hari di Mahkamah Majistret Putrajaya.

 ?? (Gambar ihsan SPRM) ?? Sebahagian individu dibawa ke mahkamah untuk dapatkan perintah reman.
(Gambar ihsan SPRM) Sebahagian individu dibawa ke mahkamah untuk dapatkan perintah reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia