Berita Harian

Rugi RM220,500 ‘terjerat’ cinta di FB

- Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Wanita kesunyian diperdaya ahli Love Scam menyamar doktor dari Syria

Alor Setar: Seorang pesara kerugian RM220,500 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’ pada November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superinten­dan Elias Omar, berkata ia bermula apabila wanita berumur 60 tahun dari Pendang itu berkenalan dengan suspek menerusi Facebook yang memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Amran Mohammad Ali’.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Pendang dipercayai kesunyian selepas kematian suaminya sejak 2008 dan mula berhubung dengan suspek menggunaka­n aplikasi itu sebelum menyambung perhubunga­n mereka melalui aplikasi Whatsapp.

“Suspek memperkena­lkan dirinya Amran Mohammad

Ali yang bekerja sebagai doktor yang menetap di Syria.

“Suspek meminta bantuan daripada mangsa untuk membuat beberapa transaksi wang ke akaun suspek bagi membantuny­a kerana sering kesusahan,” katanya ketika semalam.

Elias berkata, atas dasar percaya yang melampau, mangsa bersimpati dengan nasib lelaki itu menyebabka­n dia memasukkan wang secara berperingk­at melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam tujuh akaun bank berbeza diberikan suspek.

Beliau berkata, 51 transaksi wang bermula sejak Disember tahun lalu hingga bulan ini dengan keseluruha­n RM220,500.

“Semua wang itu simpananny­a sendiri dan penipuan ini mula disedari selepas mangsa diminta memasukkan lagi wang pada Ahad lalu menyebabka­n mangsa mula curiga.

“Berikutan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang semalam (kelmarin) selepas menyedari dirinya ditipu lelaki itu,” katanya.

“Polis menasihatk­an orang ramai tidak mudah terpedaya sindiket penipuan dan membuat semakan nombor telefon atau akaun bank di sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu,” katanya.

Kuching: Sembilan individu termasuk tujuh pegawai penguat kuasa sebuah agensi kerajaan ditahan di Sarawak dan Selangor bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah lebih RM500,000 yang berlaku antara 2019 hingga 2021.

Enam daripada pegawai penguat kuasa itu termasuk seorang pegawai kanan dan seorang warga asing ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, manakala seorang lagi penguat kuasa ditahan bersama dan seorang wanita tempatan yang juga pemilik syarikat di Selangor.

Sumber berkata, semua suspek ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes terbabit.

Berdasarka­n maklumat, pegawai penguat kuasa berkenaan ditahan kerana meminta suapan daripada individu yang menggajika­n pekerja asing secara tidak sah sebagai balasan memudahkan permohonan pas pekerja asing dan dorongan supaya tidak mengambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

Perintah tahanan reman ke atas semua suspek diperoleh di Mahkamah Majistret Kuching dan Sarikei di Sarawak, selain di Mahkamah Majistret Shah Alam di Selangor.

Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahka­n penahanan semua suspek bagi melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Elias Omar

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia