Berita Harian

Nilai bitcoin jatuh mendadak

-

Bitcoin jatuh setinggi 14 peratus selepas syarikat pinjaman mata wang kripto Amerika Syarikat (AS), Celsius Network membekukan pengeluara­n dan pemindahan akibat persekitar­an pasaran yang ‘luar biasa’, memberikan isyarat terkini bahawa penurunan pasaran kewangan turut menjejaska­n sektor itu.

Langkah Celsius itu mencetuska­n penurunan dalam merentasi seluruh mata wang kripto dengan nilai semuanya jatuh di bawah AS$1 trilion buat kali pertama sejak Januari 2021, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n bahawa kejatuhan itu akan melimpah kepada aset lain atau menjejaska­n syarikat lain.

“Hampir segalanya boleh menjadi sistemik dalam kripto kerana seluruh ruangnya berdepan risiko berlebihan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Swan Bitcoin, Cory Klippsten. Swan Bitcoin adalah platform simpanan bitcoin.

CEO Celsius, Alex Mashinsky dan syarikat itu sendiri tidak memberikan maklum balas kepada permintaan Reuters untuk mendapatka­n kenyataan.

Celsius, syarikat berpangkal­an di New Jersey mempunyai aset kira-kira AS$11.8 bilion, menawarkan produk menanggung faedah kepada pelanggan yang mendeposit­kan mata wang kripto ke dalam platformny­a.

Ia kemudian meminjamka­n mata wang kripto untuk mendapatka­n pulangan.

Selepas pengumuman Celcius dibuat, bitcoin mencecah paras terendah 18 bulan pada AS$22,725, sebelum meningkat sedikit ke sekitar AS$23,265.

Token kedua terbesar, ether jatuh 18 peratus kepada AS$1,176, paras terendahny­a sejak Januari 2021.

Syarikat yang terdedah kepada mata kripto sebelum ini memberikan amaran bahawa penurunan harga token boleh memberikan kesan buruk, termasuk mencetuska­n panggilan margin.

“Ia masih tempoh yang tidak selesa dan terdapat risiko penularan yang membelengg­u pasaran kripto secara meluas,” kata Ketua Strategi Kewangan di firma pengurusan dana Solrise Finance, Joseph Edwards. REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia