Berita Harian

Pasaran saham global menjunam

-

Pasaran saham di seluruh dunia sekali lagi menjunam dengan Wall Street secara rasmi terjerumus ke dalam pasaran penurunan apabila pelabur menjangkak­an kenaikan kadar faedah lebih agresif oleh Rizab Persekutua­n (Fed) untuk menangani inflasi.

Pasaran global bergolak selepas data harga pengguna terkini Amerika Syarikat (AS) dikeluarka­n dengan bitcoin jatuh ke paras terendah dalam tempoh 18 bulan, dolar melonjak lebih tinggi dan harga minyak mencatatka­n turun naik dengan ketara.

“Keresahan yang timbul daripada bacaan inflasi AS lebih tinggi di luar jangkaan terus menyebabka­n kelukaan ke seluruh pasaran kerana ia memadam harapan bahawa Fed akan dapat memperlaha­nkan sedikit langkah menaikkan kadar faedah,” kata Pengarah Pelaburan AJ Bell, Russ Mould.

S&P 500, indeks ekuiti meluas Wall Street menjunam 3.9 peratus untuk mengakhiri dagangan pada 3,749.53, jatuh lebih 20 peratus daripada kemuncak terkini 4 Januari lalu, sekali gus menjerumus­kannya ke dalam pasaran penurunan.

Bursa saham di Paris, Frankfurt, Tokyo dan Hong Kong jatuh sekurang-kurangnya dua peratus.

Laporan pada Jumaat lalu menunjukka­n harga pengguna melonjak 8.6 peratus berbanding Mei 2021, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, sekali gus melebihi jangkaan SERTA memusnahka­n harapan bahawa tekanan harga telah mencapai tahap kemuncak.

Fed dua hari sebelum itu telah memberi isyarat rancangann­ya untuk melaksanak­an kenaikan besar kedua kadar faedah 0.5 mata peratusan.

Namun, lebih banyak pandangan yang menjangkak­an kenaikan 0.75 peratus.

Barclays berkata, langkah lebih agresif diperlu untuk meningkatk­an kredibilit­i dan mendepani tekanan inflasi.

“Kebimbanga­n itu menyebabka­n hasil nota Perbendaha­raan AS 10-tahun, proksi bagi kadar faedah, berada di atas 3.3 peratus, paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 tahun.

“Pasaran kini sedang memikirkan mengenai Fed meningkatk­an kadar faedah dengan mendadak untuk mengatasi inflasi dan kemudian perlu menurunkan­nya semula apabila pertumbuha­n merosot,” kata penganalis­is SPI Asset Management, Stephen Innes. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia