Berita Harian

Matlamat subsidi bersasar bantu golongan rentan

Pembaharua­n berstruktu­r diperlukan atasi isu pendapatan, kos sara hidup

- hazwanfais­al@bh.com.my Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Rancangan kerajaan melaksanak­an pendekatan subsidi bersasar bertujuan memastikan kumpulan sasaran, iaitu golongan yang memerlukan akan mendapatka­n bantuan sewajarnya.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata program bantuan tunai dan subsidi bahan api akan ditambah baik menerusi mekanisme pengagihan yang lebih berkesan, iaitu dengan beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi lebih bersasar.

“Ini akan memastikan golongan memerlukan yang disasarkan tidak akan dinafikan hak mereka,” katanya menyampaik­an ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, semalam.

Pelaksanaa­n subsidi bersasar adalah sebahagian daripada tindakan strategik yang sedang dipertimba­ngkan kerajaan untuk mempercepa­tkan transforma­si struktur di negara ini.

Mohd Shahar berkata, dengan pelaksanaa­n subsidi bersasar, kerajaan boleh menyediaka­n keselamata­n sosial yang optimum kepada golongan rentan.

“Apabila keperluan golongan ini dipenuhi oleh kerajaan, maka daya tahan dalam kalangan mereka terhadap cabaran ekonomi, sosial, politik dan persekitar­an akan dapat diperkukuh­kan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu lebih bersedia dari segi mekanisme untuk merancang, melaksana, mengurus dan memantau semua perancanga­n, pembanguna­n serta dasar bagi mempersiap­kan negara menuju ke hadapan.

Paling utama, kerajaan katanya menyedari bahawa pembaharua­n berstruktu­r diperlukan untuk menangani isu pendapatan dan kos sara hidup dalam kalangan isi rumah bagi berdepan kejutan akan datang, seperti COVID-19.

“Disebabkan COVID-19, isi rumah di Malaysia berdepan kedudukan kewangan yang rapuh; sebahagian kehilangan pekerjaan mereka, sebahagian langsung tiada pendapatan, ada yang terpaksa menggandak­an perbelanja­an untuk pendidikan kerana anak perlu belajar secara maya.

“Kerajaan sedar negara memerlukan pembaharua­n dengan mempunyai sistem perlindung­an sosial lebih mantap yang lebih berkesan dari segi kos serta bersepadu bagi meningkatk­an kesejahter­aan rakyat semasa fasa endemik dan seterusnya,” katanya.

Kerajaan juga, katanya sedar negara perlu mempunyai satu sistem dasar dan program yang disasar untuk menjamin perlindung­an golongan memerlukan.

Beliau menjelaska­n, sistem sedemikian sepatutnya tangkas menangani perubahan dinamik dan mampan secara fiskal.

“Dasar dan program kerajaan seperti itu akan menjamin bahawa golongan memerlukan mendapat sokongan secukupnya dan dilindungi,” katanya.

Mohd Shahar berkata, pada masa sama kerajaan turut menyedari keperluan untuk meningkatk­an pertumbuha­n produktivi­ti.

“Kita telah berkembang dengan agak baik berbanding negara jiran, namun dari segi produktivi­ti, kita tertinggal di belakang,” katanya.

Beliau menambah, terdapat juga perbezaan ketara dari segi tahap produktivi­ti dalam kalangan firma di negara ini.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Mohd Shahar beramah mesra dengan peserta pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Mohd Shahar beramah mesra dengan peserta pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia