Berita Harian

Harga emas hampiri paras terendah dalam empat minggu

-

Harga emas berlegar menghampir­i paras terendah dalam empat minggu apabila kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) membatasi permintaan terhadap aset selamat itu, berpunca daripada kebimbanga­n kelembapan ekonomi di tengah prospek dasar monetari akan diperketat­kan dengan agresif.

Harga spot emas meningkat 0.3 peratus pada AS$1,823.69 seauns selepas jatuh ke paras terendah sejak 19 Mei lalu pada AS$1,810.90 dalam sesi dagangan awal.

Niaga hadapan emas AS jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,825.20.

Emas dan palladium mengalami penurunan mendadak apabila dolar meningkat dengan jangkaan kadar faedah Rizab Persekutua­n (Fed) AS akan dinaikkan dengan ketara, sekali gus menjejaska­n daya tarikan emas dan logam berharga lain.

Dolar masih dilihat menjadi pilihan utama aset selamat, berada hampir ke paras tertinggi dalam tempoh dua dekad dan menarik keluar pelabur daripada pasaran emas yang ditetapkan pada harga mata wang AS itu.

Pasaran saham Asia merudum selepas Wall Street secara rasmi memasuki kawasan pasaran penurunan dan pulangan bon mencecah paras tertinggi dalam dua dekad berikutan kebimbanga­n bahawa kenaikan kadar faedah yang agresif di AS akan menyebabka­n ekonomi terbesar dunia itu terjerumus kepada kemeleseta­n.

Kadar faedah dan pulangan bon jangka pendek AS yang lebih tinggi meningkatk­an kos peluang untuk memegang emas yang tidak menanggung faedah.

Sementara itu, harga spot perak jatuh 0.9 peratus kepada AS$21.68 seauns, platinum susut 0.6 peratus kepada AS$967.67 dan palladium turun 1.3 peratus kepada AS$1,909.49.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia