Berita Harian

Tawaran gaji menarik pilihan utama pekerja Malaysia

Keseimbang­an kerja, kehidupan semakin penting, jadi tumpuan

- zahrin@bh.com.my Oleh Alzahrin Alias

Gaji dan ganjaran menarik adalah nilai paling utama bagi majoriti pekerja di Malaysia, dengan 74 peratus responden yang mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Jenama Majikan Randstad 2022 memilih faktor itu untuk mencari majikan yang ideal, meningkat dua peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu, keseimbang­an kerja-kehidupan berada hampir di tempat kedua pada 70 peratus, meningkat sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.

Kaji selidik dalam talian itu dibuat pada Januari 2022 membabitka­n kira-kira 2,500 responden di Malaysia.

Pengarah Randstad Malaysia, Fahad Naeem, berkata perniagaan mula mengambil bakat baharu untuk meningkatk­an operasi dan projek pertumbuha­n pada ketika pasaran pekerjaan mencatatka­n pemulihan pantas pasca COVID-19.

Beliau berkata, permintaan tinggi bagi bakat berkemahir­an merentasi industri membuka peluang kepada pencari kerja untuk merundingk­an gaji lebih tinggi dan ganjaran lebih baik, supaya mereka boleh meningkatk­an keseimbang­an kerja-kehidupan dan mempunyai standard kehidupan lebih baik di negara ini.

“Adalah penting bagi perniagaan dan ketua sumber manusia untuk peka dengan jangkaan pekerja yang sedang berubah. Ramai rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan inflasi dan kos sara hidup.

“Seandainya gaji tidak sepadan dengan keperluan, pekerja akan mencari pekerjaan dengan syarikat lain yang mampu memenuhi jangkaan untuk menampung kualiti kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Keseimbang­an kerja-kehidupan juga menjadi semakin penting kepada pekerja di negara ini, dengan sembilan daripada 10 responden di Malaysia membuat keputusan sendiri untuk meningkatk­an aspek ini.

Dua daripada lima responden (44 peratus) berkata, mereka bekerja pada slot masa fleksibel dan 33 peratus berkata mereka bekerja di rumah atau di luar pejabat dengan lebih kerap.

Kira-kira satu daripada empat responden (23 peratus) berkata, mereka kurang bekerja lebih masa supaya mendapat keseimbang­an kerja-kehidupan.

Naeem berkata, ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk menilai semula bagaimana pekerjaan menepati tujuan hidup dan kerjaya mereka sejak dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Apabila bekerja secara fleksibel, pekerja tidak perlu bimbang untuk bergerak semasa waktu puncak, yang menjimatka­n banyak masa kepada mereka yang terpaksa pergi ke pusat bandar.

“Kerja hibrid bukan saja meredakan tahap tekanan, ia juga boleh mengurangk­an jumlah ketidakhad­iran di tempat kerja kerana pekerja kurang berkemungk­inan mengambil cuti sakit bagi mengelak lewat ke tempat kerja atau berdepan kesesakan trafik,” katanya.

Bagaimanap­un, jumlah resyang ponden bekerja di luar pejatuh jabat sebanyak 18 peratus dalam tempoh setahun kepada hanya 51 peratus pada 2022.

Pada masa sama, 54 peratus responden berkata mereka mamajikan hu menawarkan ‘aturan kerja fleksibel’ bagi membantu meningkatk­an keseimbang­an kerja-kehidupan.

Adalah penting bagi perniagaan dan ketua sumber manusia untuk peka dengan jangkaan pekerja yang sedang berubah. Ramai rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan inflasi dan kos sara hidup Fahad Naeem,

Pengarah Randstad Malaysia

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia