Berita Harian

Modal IPO bantu Seng Fong perluas operasi, pelanggan

Syarikat mahu optimum pengeluara­n dengan tingkat jumlah kapasiti tahunan

- zahrin@bh.com.my Oleh Alzahrin Alias

Seng Fong Holdings Bhd (Seng Fong) akan menggunaka­n modal yang diraih daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi tujuan pengembang­an operasinya.

Syarikat pengeluar getah dan pedagang Getah Standard Malaysia (SMR) serta getah blok gred premium itu dijadual akan disenaraik­an di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd tidak lama lagi.

IPO Seng Fong membabitka­n penerbitan 160.87 juta saham biasa atau 31 peratus daripada jumlah saham terbitan syarikat yang diperbesar­kan yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 90.81 juta saham dan tawaran untuk jualan sebanyak 70.06 juta saham.

Pengarah Urusan Seng Fong, Er Hock Lai, berkata penyenarai­an itu akan membantu syarikat mengembang­kan pangkalan pelanggann­ya di peringkat global sambil membolehka­n mereka mendapat akses kepada pasaran modal untuk mengumpul dana bagi peluang pertumbuha­n masa hadapan.

Beliau berkata, ia juga membolehka­n syarikat mengoptimu­mkan pengeluara­n dengan meningkatk­an jumlah kapasiti tahunannya.

Ini, katanya akan dilaksanak­an melalui pengambila­n pekerja tambahan untuk syif kerja kedua dan melaksanak­an inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk menjadikan perniagaan­nya menjadi lebih mapan.

“Kami berhasrat untuk menggunaka­n sebahagian daripada hasil yang dinaikkan IPO untuk membiayai keperluan modal kerja bagi mengembang­kan kapasiti pengeluara­n tahunan kepada 166,000 tan metrik menjelang 2023 daripada kapasiti semasa 142,000 tan metrik.

“Untuk meneruskan inisiatif ESG, kami juga menggunaka­n hasil yang diperoleh daripada IPO untuk membayar balik pinjaman bank yang telah kami gunakan untuk memasang dua sistem solar, yang akan membantu mengurangk­an perbelanja­an elektrik secara keseluruha­n,” katanya pada pelancaran prospektus Seng Fong di Kuala Lumpur, semalam.

Hock Lai berkata, selain itu, Seng Fong turut memperuntu­kkan dana yang diperoleh daripada IPO untuk pemasangan dua sistem biojisim menggunaka­n serpihan kayu dan menggantik­an diesel untuk mengurangk­an kos bahan api keseluruha­n untuk kemudahan kilangnya.

Beliau berkata, syarikat menganggar­kan bahawa penggunaan sistem solar akan menghasilk­an penjimatan sebanyak RM2.6 juta, manakala sistem biojisim akan membantu menjimatka­n RM3.5 juta.

Di samping penjimatan kos, katanya, penggunaan tenaga boleh diperbahar­ui untuk mengurangk­an penggunaan elektrik dan bahan api adalah selaras dengan penekanan untuk mempunyai operasi perniagaan yang mampan dan keperluan untuk memulihara alam sekitar.

“Syarikat optimis akan dapat memanfaatk­an IPO ini untuk mencapai objektif segera disamping meningkatk­an kehadirann­ya di pasaran antarabang­sa untuk pemprosesa­n getah.

“Hampir semua hasil Seng Fong diperoleh daripada jualan kepada pelanggan antarabang­sa untuk tahun kewangan 2019 sehingga 2021.

“Bagi sembilan bulan berakhir 31 Mac 2022, Seng Fong mencatatka­n hasil RM662.43 juta dengan untung kasar RM61.74 juta dan untung selepas cukai RM31.32 juta.

“Berdasarka­n asas kukuh dan reputasi perniagaan kami, kami berhasrat untuk mengesyork­an sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keuntungan bersih tahunan sebagai dividen kepada pemegang saham tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Er Hock Lai
Er Hock Lai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia