Berita Harian

UMW Toyota rekod jualan 7,579 kereta bulan lalu

-

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) merekodkan jualan 7,442 unit kereta Toyota dan 137 unit kereta Lexus bulan lalu, menjadikan jumlah keseluruha­n kenderaan yang dijual tahun ini sebanyak 36,972 unit atau sembilan peratus lebih tinggi berbanding 34,026 unit tahun lalu.

Jumlah jualan 7,579 unit yang dicatatkan pada Mei itu adalah lebih tinggi berbanding 6,946 unit direkodkan pada April.

UMW Toyota dalam kenyataann­ya berkata, prestasi memberangs­angkan dicatatkan setakat tahun ini meskipun unjuran jualan kenderaan di Malaysia akan lebih rendah sepanjang 2022.

Ia berkata, berdasarka­n kekurangan semikonduk­tor global, pengeluar kenderaan berdepan kesukaran meningkatk­an pengeluara­n bagi memenuhi permintaan.

Katanya, selain itu pengenaan semula cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) selepas akhir bulan ini akan turut menjejaska­n jualan.

“Bagaimanap­un, mungkin ada yang mahu mengambil peluang daripada harga sebelum pelaksanaa­n semula SST dan ini akan meningkatk­an jualan,” katanya.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, berkata syarikat benar-benar menghargai sokongan yang diterima daripada pelanggan, dalam pada ia memasuki separuh kedua tahun ini.

“Adalah sentiasa menjadi polisi kami mengutamak­an pelanggan dan sentiasa sedia menawarkan bantuan kepada peminat Toyota dalam pada kita keluar dari tempoh tidak menentu ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia