Berita Harian

Arab Saudi mansuh semua peraturan, sekatan

-

Penularan COVID-19

Pelitup muka hanya dipakai di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Riyadh: Arab Saudi menamatkan semua peraturan dan sekatan dikaitkan dengan COVID-19, termasuk pemakaian pelitup muka di tempat tertutup, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Memetik kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri, individu tidak lagi perlu memakai pelitup muka dalam bangunan kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, selain di fasiliti kesihatan, acara awam, kapal terbang dan pengangkut­an awam yang masih mahu melaksanak­an langkah pencegahan itu.

Malah, bukti sijil vaksinasi menerusi aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki mana-mana kawasan, acara, kegiatan, kapal terbang dan pengangkut­an awam.

Rakyat yang mahu meninggalk­an Arab Saudi pula perlu mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan berbanding tiga bulan sebelum ini.

Bagaimanap­un, syarat baharu itu tidak termaktub kepada individu di bawah kumpulan

Individu tidak lagi perlu memakai pelitup muka dalam bangunan kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

umur tertentu atau mereka yang dikecualik­an daripada menerima vaksin oleh Kementeria­n Kesihatan.

Kementeria­n akan terus menggalakk­an orang ramai supaya mengambil dos penggalak ketiga bagi melindungi mereka daripada coronaviru­s terbabit.

Arab Saudi turut mewajibkan bakal jemaah haji dari negara barat memohon visa secara dalam talian melalui portal kerajaan, langkah bertujuan membantera­s agensi pelanconga­n ’palsu‛, menurut seorang pegawai.

“Pendaftara­n dalam talian terpakai kepada jemaah dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, United Kingdom (UK), Eropah dan Australia,” kata pegawai, yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Sebelum ini, jemaah haji boleh mendaftar melalui agensi pelanconga­n yang menganjurk­an perjalanan haji, sistem yang kadangkala membawa kepada penipuan, dengan ’agensi palsu‛ mengambil wang mangsa,” kata seorang lagi pegawai.

Media kerajaan mengumumka­n portal pendaftara­n haji dalam talian itu seminggu lalu, dan Kementeria­n Haji memaklumka­n di Twitter tempoh pendaftara­n berakhir kelmarin.

Arab Saudi mengumumka­n April lalu membenarka­n satu juta umat Islam dari dalam dan luar negara untuk mengerjaka­n haji tahun ini. AGENSI

 ?? (Foto AGENSI) ??
(Foto AGENSI)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia