Berita Harian

Jepun lulus RUU hukuman penjara kes buli siber

-

Moscow: Parlimen Jepun kelmarin meluluskan rang undangunda­ng (RUU) bagi menjadikan buli siber sebagai jenayah yang boleh dihukum penjara, dengan semakan tambahan dijalankan dalam tempoh tiga tahun pelaksanaa­nnya bertujuan menilai kesesuaian­nya dengan hak kebebasan bersuara, lapor media.

RUU itu meminda kanun keseksaan negara untuk memperkena­lkan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga 300,000 yen (RM9,873), berbanding hukuman sekarang iaitu penjara kurang daripada 30 hari dan denda 10,000 yen (RM329).

Had statut untuk buli juga akan dilanjutka­n dari satu tahun kepada tiga tahun, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Kyodo.

Pindaan itu akan berkuat kuasa 20 hari selepas ia diisytihar­kan.

Ia akan dikaji semula dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan ia tidak melanggar hak kebebasan bersuara, seperti yang dikhuatiri pembangkan­g.

Penggubala­n undang-undang itu didorong selepas ahli gusti profesiona­l, Hana Kimura, 22, yang juga antara pelakon rancangan realiti Netflix Terrace House, didakwa membunuh diri pada Mei 2020 selepas mengalami buli siber di media sosial. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia