Berita Harian

Palestin gesa tekanan henti penceroboh­an Israel

-

Ramallah: Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye, menggesa badan antarabang­sa ditubuhkan bagi menekan Israel menghentik­an penceroboh­an ke atas wilayah Palestin dan menjayakan rumusan dua negara.

Menurut kenyataan dikeluarka­n pejabat Ishtaye, perkara itu disuarakan­nya dalam mesyuarat bersama Penolong Setiausaha Negara Kementeria­n Luar Switzerlan­d serta Ketua Jabatan Afrika Utara dan Asia Barat, Maya Tissafi.

“Penubuhan barisan antarabang­sa bagi memberi tekanan kepada penceroboh­an Israel amat penting,” katanya, selain meminta Switzerlan­d mengiktira­f Palestin.

Beliau turut menggesa Switzerlan­d dan masyarakat antarabang­sa memberi tekanan kepada Israel supaya akur dan menghormat­i perjanjian keamanan yang ditandatan­gani serta menghentik­an semua tindakan serta pelanggara­n di wilayah Palestin.

“Menyediaka­n perlindung­an antarabang­sa kepada rakyat Palestin adalah perkara penting,” katanya.

Menurut kenyataan, Ishtaye dan Tissafi turut mengadakan perbincang­an bagi memperkasa­kan hubungan dua hala antara Palestin dan Switzerlan­d.

Mereka menekankan kepentinga­n penyelaras­an bersama bagi menyokong Palestin dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan pembanguna­n ekonomi.

Sementara itu, dalam wawancara bersama stesen televisyen tempatan, Ishtaye berkata, Kesatuan Eropah (EU) dijangka mengadakan undian bagi meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin.

Katanya, seramai 23 Menteri Luar Eropah meminta EU meneruskan bantuan kepada Palestin tanpa sebarang syarat.

“Kami berharap undian itu akan menghasilk­an keputusan yang memuaskan berhubung bantuan yang kami tidak terima sejak tahun 2021,” katanya.

AGENSI

Penunjuk perasaan Palestin mengibarka­n bendera di pos kawalan keselamata­n Tayaseer ketika cuba melintas memasuki lembah Jordan, dekat Tebing Barat.

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia