Berita Harian

Penulis How to Murder Your Husband dipenjara seumur hidup

-

Nancy Crampton Brophy dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh suaminya, Daniel Brophy.

Los Angeles: Seorang penulis Amerika Syarikat (AS) yang menulis risalah bertajuk How to Murder Your Husband dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam kerana menembak mati pasanganny­a.

Nancy Crampton Brophy, 71, layak memohon parol dalam tempoh 25 tahun, seorang hakim di negeri barat laut Oregon memberitah­unya.

Perbicaraa­n pembunuhan Nancy Crampton Brophy selama sebulan mendengar bagaimana pengarang risalah itu menggunaka­n laras senapang yang dibeli di ebay untuk membunuh suaminya dengan harapan dapat mengumpul ratusan ribu dolar dalam insurans hayat.

Senjata itu, yang didakwanya diperoleh sebagai penyelidik­an untuk novel baharu, tidak pernah ditemui.

Chef Daniel Brophy ditemui mati di atas lantai bilik di institut masakan tempat dia bekerja yang kini tidak berfungsi, pada Jun 2018.

Dia ditembak dua kali dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n isterinya memandu di kawasan itu ketika kejadian.

Pengarang siri novel Wrong Never Felt So Right termasuk The Wrong Husband dan The Wrong Lover, mendakwa dia tidak ingat berada di sana, tetapi mengandaik­an bahawa dia akan berada di kawasan kejiranan cuba mendapatka­n inspirasi untuk karya fiksyen baharu.

Peguam Nancy Crampton Brophy, bulan lalu berkata pihaknya akan merayu keputusan itu dan menafikan pembunuhan, selain menegaskan bahawa pasangan yang bertahun-tahun bergelut masalah kewangan sudah berjaya mengatasin­ya dan dia tidak mempunyai sebab untuk membunuh suami.

“Di mana motivasiny­a? Saya bertanya kepada anda. Seorang editor akan ketawa dan berkata; Saya fikir anda perlu bekerja lebih keras dalam cerita ini, anda mempunyai lompong besar di dalamnya,” kata Nancy Crampton Brophy ketika dia berbalah dengan pendakwa semasa perbicaraa­nnya.

Catatan blognya How to Murder Your Husband yang masih tersedia dalam talian, membincang­kan kaedah dan motivasi untuk menghapusk­an pasangan yang tidak diingini.

Itu termasuk keuntungan kewangan dan penggunaan senjata api, walaupun ia menyatakan senjata api ‘kuat, tidak kemas, memerlukan sedikit kemahiran’.

“Tetapi perkara yang saya tahu mengenai pembunuhan ialah setiap daripada kita mempunyain­ya dalam diri apabila terlalu ditekan,” kata catatan dalam blog itu. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia