Berita Harian

Tentera Ukraine diusir dari Severodone­tsk

-

Kramatorsk: Ukraine memaklumka­n tenteranya diusir dari pusat bandar perindustr­ian utama Severodone­tsk, yang disifatkan Presiden Volodymyr Zelensky sebagai perjuangan yang mempertaha­nkan setiap meter kawasan.

Bandar Severodone­tsk dan Lysychansk, yang dipisahkan oleh sungai, menjadi sasaran serangan untuk beberapa minggu, kawasan terakhir yang masih di bawah kawalan Ukraine di wilayah timur Lugansk.

Gabenor Wilayah, Sergiy Gaiday, berkata tentera Russia mengumpul lebih banyak peralatan untuk mengepung Severodone­tsk.

“Tentera Moscow menyerang unit kami dari pusat dan terus musnahkan bandar kami,” katanya.

Wakil pemisah pro-russia,

Eduard Basurin, berkata Severodone­tsk menjadi kawasan ‘de facto’ selepas tentera Russia meletupkan jambatan ‘terakhir’ yang menghubung­kannya ke Lysychansk Ahad, lalu.

“Tentera Ukraine di kawasan itu mempunyai dua pilihan, "menyerah atau mati,” katanya.

Dengan menawan Severodone­tsk, menjadi pembuka jalan untuk Moscow ke Slovyansk dan sebuah lagi bandar utama, Kramatorsk, dalam usaha mereka menakluki seluruh Donbas, sebuah wilayah dengan kebanyakan pendudukny­a berbahasa Russia yang sebahagian­nya dikuasai pemisah pro-kremlin sejak 2014.

“Tentera Ukraine berjuang untuk setiap bandar dan kampung yang dijajah,” kata Zelensky dalam mesej sempena ulang tahun kelapan pembebasan Mariupol dalam konflik terdahulu.

Mei lalu, tentera Russia menawan bandar pelabuhan di selatan Ukraine selepas mengepung kawasan itu berminggu-minggu.

“Kami sekali lagi mempertaha­nkan dan terus berjuang di seluruh Ukraine,” kata Zelensky.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia