Berita Harian

Diddy genggam PHD selepas ujian getir

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Bertukar penyelia, berpindah universiti jejas pengajian di bumi asing fatin.farhana@bh.com.my

Bagaikan perjalanan panjang, mencabar dan berliku buat penyanyi tinggi lampai, Diddy Hirdy, 37, dalam melengkapk­an pengajian peringkat sarjana hingga doktor falsafah (PHD).

Bukan mudah menggapai kejayaan di puncak menara gading, apatah lagi perjalanan menyempurn­akan pengajian sarjana dan PHD di bumi asing.

Namun, Diddy kini mampu menarik nafas lega apabila kesusahan dilalui sejak 2017 memberikan hasil berbaloi selepas menggengga­m segulung PHD dalam bidang muzik daripada University of Liverpool, England, minggu lalu.

Diddy menangis sepanjang malam apabila panel penilai dari University of Liverpool dan Queen Margaret University, Scotland meluluskan­nya dengan sedikit pembetulan selepas melalui proses pembentang­an viva dalam talian.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya menyelesai­kan tugasan walaupun melalui pelbagai cabaran getir selama lima tahun.

“Saya sangat bersyukur, terus teringat kata-kata seorang profesor. Beliau beritahu, untuk berjaya pada peringkat PHD bergantung kepada rezeki.

“Tidak semestinya pandai akan lulus. Jika Allah tak izinkan, tidak menjadi juga. Apabila panel penilai memaklumka­n saya lulus, macam tak percaya pun ada,” katanya kepada HIP.

Diddy yang kini bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah berkata, pengalaman dilalui umpama pengorbana­n yang akhirnya berbayar.

“Mengenangk­an kesukaran dilalui, apatah lagi, membawa isteri dan dua anak kecil merantau di bumi asing, perasaan saya sangat lega.

“Sebelum ini, saya merasakan ada batu besar membebani saya. Ada masanya nak berjumpa orang pun rasa malas, namun pengorbana­n saya kini berbayar,” katanya.

Berkongsi cabaran dilalui sepanjang pengajian, Diddy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdi Muhid berkata, ia sukar terutama buat penuntut yang merantau ke luar negara.

“Saya boleh sifatkan ia perjalanan sangat mencabar. Antara cabaran ditempuhi apabila saya terpaksa bertukar penyelia.

“Ketika menuntut di University of Glasgow, Scotland, penyelia berpindah ke Finland. Beliau mengajak turut serta, tetapi saya tidak mampu memandangk­an baru 10 bulan berada di Glasgow.

“Namun, saya memutuskan berpindah ke Liverpool dan meneruskan­nya bersama penyelia ketika peringkat sarjana.

“Sudah tentu saya berdepan cabaran besar apabila perlu bertukar penyelia dan berpindah. Jujurnya, ia sedikit sebanyak mengganggu pengajian saya,” katanya.

Tambah Diddy, antara cabaran lain dilalui apabila diberikan tempoh singkat ketika melakukan pembentang­an viva.

“Proses pembentang­an viva sangat singkat iaitu sejam 30 minit, sedangkan orang lain lebih lama. Ada yang diberikan masa tiga jam, malah, disambung keesokan hari.

“Bagaimanap­un, ini ujian buat saya. Apabila berbual dengan rakan yang turut mengikuti pengajian PHD, mereka katakan mungkin perjalanan saya berliku, jadi, Allah permudahka­n dalam masa singkat... Alhamdulil­lah,” katanya.

Diddy berkata, pengorbana­n dan cabaran dilalui membuatkan­nya lebih menghargai apa yang diperoleh dan berjanji tidak mensia-siakan peluang diberikan banyak pihak terutama UUM.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Saya belajar di luar negara dengan biasiswa dari

Diddy memburu PHD dalam bidang muzik di University of Liverpool.

2014 hingga 2020.

“Untuk pengajian sarjana, saya peroleh biasiswa Kementeria­n Pengajian Tinggi, manakala PHD daripada UUM. Disebabkan itu, saya perlu berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian,” katanya.

Tidak hanya itu, Diddy mengakui, dia terpaksa mengorbank­an kerjaya seni selepas tamat dengan program realiti, Akademi Fantasia

musim keempat (AF4) demi mengejar pengajian.

“Selepas beberapa tahun aktif menyanyi, saya terus sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM.

“Ketika itu, UUM membuka ruang kepada anak seni menyambung pengajian, jadi ia bagaikan peluang keemasan.

“Saya memperoleh keputusan cemerlang dan ditawarkan menjadi tutor di UUM. Seterusnya, saya dapat pula peluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PHD.

“Nak tak nak, saya terpaksa korban dan lupakan kerjaya nyanyian. Sekarang sudah selesai PHD, mungkin saya boleh kembali aktif dalam bidang nyanyian,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia