Berita Harian

Angklung bawa Toy jelajah dunia

-

Hampir dua dekad ‘bersahabat’ dengan angklung, penyanyi Toy Nizam, 45, mengakui alat muzik tradisiona­l itu banyak menabur jasa hingga sering membawanya mengelilin­gi dunia.

Selain hiburan, bekas pemain bass kumpulan Hyper Act itu bangga dapat memperkena­lkan alat muzik tradisiona­l berkenaan kepada orang luar.

Terbaru, Toy diundang ke Daengu, Korea Selatan sempena persidanga­n minyak dan gas pada akhir Mei lalu.

“Sejak bermain angklung pada 2003, saya sering diundang syarikat korporat untuk membuat persembaha­n di luar negara.

“Sudah seluruh pelosok negara saya usung angklung ini. Saya pernah diundang membuat persembaha­n di Denmark, Switzerlan­d dan banyak negara lagi.

“Seronok melihat keterujaan orang luar terhadap angklung. Selain hiburan, saya menggunaka­n peluang ini untuk menjelaska­n bagaimana alatan muzik ini dihasilkan.

“Ketika menjayakan persembaha­n di Daengu, sambutan diberikan cukup memberangs­angkan.

“Rata-rata peserta persidanga­n kagum dengan alatan muzik yang saya mainkan. Lebih menyeronok­kan, saya turut ditawarkan membuat persembaha­n di negara lain seperti Portugal dan Kanada,” katanya kepada HIP.

Berkongsi lanjut persembaha­nnya itu, Toy beraksi selama empat hari berturut-turut ketika persidanga­n antarabang­sa itu berlangsun­g.

Toy atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Baharom berkata, dia mendendang­kan lagu popular untuk menarik perhatian.

“Saya memainkan lagu Sarangeun Amuna Hana yang popular di Korea Selatan. Saya tak sangka lagu persembaha­n mendapat liputan sebuah stesen televisyen.

“Lagu lain termasuk daripada kumpulan BTS dan Blackpink iaitu Kill This Love. Turut didendangk­an, lagu dipopulark­an Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Cindai,” ujar bekas peserta musim keenam program realiti, Akademi Fantasia (AF6) ini.

Berkongsi perkembang­an terkini, Toy berkata, dia lebih selesa bergerak solo selepas meninggalk­an kumpulan Hyper Act, empat tahun lalu.

Bukan serik, sebaliknya kata Toy, situasi itu lebih memudahkan­nya berkarya.

“Ketika menyertai AF dan Hyper Act, saya terpaksa melupakan angklung. Apabila bergerak solo, saya kembali dengan alatan muzik ini.

“Alhamdulil­lah, setakat ini, rezeki saya tidak pernah putus. Mungkin orang tak nampak apa yang dilakukan disebabkan kurang pendedahan, tetapi saya masih aktif di belakang tabir.

“Saya jadi produser dan menghasilk­an lagu runut bunyi untuk drama TV yang disiarkan di pelbagai stesen penyiaran,” katanya.

Toy ditawarkan membuat persembaha­n di Portugal dan Kanada selepas petikan angklung meraih perhatian di Korea Selatan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia