Berita Harian

Jadual aksi EPL musim baharu bocor

-

London: Jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022-23 akan diumumkan esok, namun ia tampaknya sudah 'bocor' dalam talian dan ia memberikan berita kurang baik buat penyokong Manchester United, Arsenal dan Chelsea.

Satu imej muncul di Twitter yang memaparkan lapan perlawanan awal musim depan. Pada hari pembukaan yang dijadualka­n pada 6 Ogos, ia menampilka­n ujian penuh muslihat buat ‘enam paukan gergasi’ dalam jadual didedahkan itu.

Erik ten Hag yang akan mengendali­kan aksi kompetitif pertama bersama United didakwa akan berkunjung ke Wolves dengan skuad Bruno Lage dilihat mahu meneruskan kesinambun­gan musim lalu ketika mereka menamatkan kempen di kedudukan ke-10 dan cuba mara ke Eropah.

Namun perlawanan tumpuan ialah Liverpool akan berkunjung ke pasukan kaya, Newcastle, yang pastinya akan menambah kekuatan selepas satu lagi fasa perpindaha­n yang sibuk di Tyneside.

Selain itu, Arsenal dan Chelsea juga akan berkunjung ke selatan menurut dokumen yang bocor itu.

The Gunners akan berdepan Brighton, yang masih segar selepas berada di tempat kesembilan kempen musim lalu manakala The Blues akan beraksi di St

Mary's menentang Southampto­n.

Sebagai ulangan final dramatik musim lalu yang memberikan Manchester City gelaran liga, skuad kendalian Pep Guardiola akan menanti kehadiran pasukan dipimpin Steven Gerrard, Aston Villa di Etihad.

Bagaimanap­un EPL sendiri tampak memberi bayangan bahawa City akan berdepan pasukan baharu naik taraf, Bournemout­h. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia