Berita Harian

Negeri Sembilan ikat dua import

- Oleh Mohd Amin Jalil

Pinto, Gustavo sandaran baharu Hobin Jang Hobin bhsukan@bh.com.my

Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) membawa masuk dua pemain import baharu bagi menggantik­an Kossi Adetu dan David Mawutor yang disingkirk­an sebelum ini bagi memperkasa­kan skuad Hobin Jang Hobin.

Pemain import itu adalah Yashir Pinto dari Palestin dan Gustavo Almeida Dos Santos (Brazil).

NSFC dalam satu kenyataan berkata Yashir, 31, dilahirkan di Santiago, Chile adalah nama yang

tidak asing lagi dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah beraksi bersama Melaka United FC, Perak FC dan PKNP FC, sebelum ini.

“Pemain yang memiliki ketinggian 1.85 meter itu beraksi di bahagian tengah dan pernah mewakili pasukan kebangsaan Palestin dengan memiliki 19 penampilan. Sebelum bersama NSFC, dia juga pernah beraksi bersama pasukan Khon Kaen United di Liga 1 Thailand,” katanya.

Mengenai Gustavo Dos Santos pula, kelab berkenaan berkata, pemain berusia 25 tahun itu adalah kelahiran Sao Paolo dan akan beraksi bersama NSFC di posisi penyerang.

Menurutnya, pemain yang memiliki ketinggian 1.85 meter ini pernah beraksi bersama UITM FC dalam saingan Liga Super 2020 sebelum menyertai kelab Divisyen 3 Jepun, Kagoshima United FC.

“Kelab mengucapka­n selamat datang kepada kedua-dua pemain terbabit dan berharap mereka dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membantu pasukan melakar kejayaan pada pentas Liga Super dan Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Difahamkan kedua-dua pemain import terbabit sudah diuji dalam aksi persahabat­an pasukan itu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

Kemasukan kedua-dua pemain terbabit melengkapk­an lima pemain import yang disandarka­n skuad bimbingan K Devan itu yang sedang memburu pencapaian terbaik pada saingan Liga Super musim ini, selepas berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana musim lalu.

Tiga lagi pemain import yang dikekalkan ialah Matheus Alves, 28, dari Brazil; Herold Goulon, 33, dari Perancis dan Amid Nazari, 30, dari Filipina.

Negeri Sembilan berada di tangga ketiga carta liga ketika ini dengan mengumpul 15 mata, hasil empat kemenangan selain tiga seri daripada lapan perlawanan. NSFC bakal menentang Melaka United FC di gelanggang lawan, Sabtu ini.

Skuad berkenaan kemudian menanti kunjungan Sri Pahang FC, pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 25 Jun.

Liga Super

Nik Sharif Haseefy pantas mencuri tumpuan jurulatih dan peminat setia TFC apabila meledak dua gol ketika aksi persahabat­an menentang juara Liga Perdana Kemboja musim ini, Phnom Penh Crown FC dan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC, minggu lalu.

Kuala Terengganu: Pemain baharu Terengganu FC (TFC), Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim, tekad mengintai kesebelasa­n utama skuad Penyu sebaik Liga Super kembali bersambung hujung minggu ini.

Pemain berusia 25 tahun yang dipinjamka­n daripada Selangor FC sehingga berakhir musim ini terdahulu pantas mencuri tumpuan jurulatih dan peminat setia TFC apabila meledak dua gol ketika aksi persahabat­an menentang juara Liga Perdana Kemboja musim ini, Phnom Penh Crown FC dan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC minggu lalu.

Lebih manis jaringan ketika menentang kelab Kemboja itu adalah penampilan pertamanya bersama skuad kendalian Nafuzi Zain selepas lebih banyak memanaskan bangku simpanan ketika menyarung jersi skuad The Red Giants.

Bagaimanap­un pemain yang boleh beraksi di posisi sayap kiri dan kanan itu enggan terlalu selesa dengan pencapaian­nya serta tidak mahu diberi pujian melambung, sebaliknya pemain kelahiran Pahang itu menganggap ianya permulaan positif buat dirinya bersama pasukan baharu.

“Sejujurnya saya masih mengambil masa untuk menyesuaik­an diri bersama pasukan, tapi Alhamdulil­lah dengan taktikal dan corak permainan yang diterapkan ketua jurulatih, saya mudah untuk mengikutin­ya. Lagi pun saya gembira dengan taktikal berkenaan kerana sesuai dengan corak permainan saya,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia