Berita Harian

Yob sasar layak Piala Malaysia

- Dos Santos Yashir Pinto

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah meletakkan sasaran untuk membawa skuad Bos Gaurus layak beraksi di pentas Piala Malaysia musim ini.

Berada di kedudukan terakhir dengan negatif tiga mata, Yusri masih optimis anak buahnya boleh bangkit berada dalam kalangan lima pasukan terbaik di Liga Perdana dan layak ke Piala Malaysia.

Malah, sasaran itu boleh menjadi kenyataan dengan Perak FC yang kini di bawah pemilik baharu, XOX Berhad (XOX) dijangka berwajah baharu selepas jendela perpindaha­n kedua nanti.

“Ketika ini saya harap pasukan dapat buat yang terbaik bagi

Perak FC mampu bangkit berada dalam kalangan lima pasukan terbaik di Liga Perdana dan layak ke Piala Malaysia.

Liga Perdana

baki sembilan perlawanan dan mahu melihat dari satu ke satu perlawanan.

“Kami kena sedar yang kedudukan Perak masih lagi negatif tiga mata dan paling realistik serta apa yang kita mampu lakukan ialah mendapatka­n slot ke Piala Malaysia.

“Itu mungkin menjadi sasaran utama pasukan kerana dalam sembilan perlawanan ini, sudah pasti pasukan di atas kita bakal meraih kemenangan serta kekalahan.

“Jadi kami kena ambil kesempatan ini bagi memperbaik­i kedudukan pasukan sebelum Liga Perdana berakhir September nanti,” katanya.

Untuk rekod, Perak sudah mencatatka­n dua kemenangan setakat ini namun dihukum dengan pemotongan sembilan mata susulan kegagalan melunaskan baki tunggakan gaji.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia